Tuesday, December 9, 2008

MUKJIZAT KEPALA HUSEIN ?

KHOMEINI VS ahli sunnah.

Khomeini Tidak Bercanggah Dengan Syi’ah Zaman Lampau.

Antara kata-kata Ayatu al-Syaitan Khomeini terhadap Ahli Sunah :

"Iman seorang Syi’ah tidak sempurna, kecuali setelah berbeza (menentang) dengan Ahli Sunah...Apabila seorang Ahli sunnah bersemangat mengamalkan ibadah, maka dia telah bersemangat mengamalkan kebatilan." [Lihat: Ayatullah al-Khomeini, Al-Hukumat Al-Islamiyah, m.s. 83]

"Adapun Nawasib (Ahli Sunnah) dan Khawarij semoga dilaknati Allah tanpa ragu-ragu adalah najis." [ Lihat : Ayatullah al-Khomeini, Tahrir al-Wasilah, jil.1, m.s : 118 ]

"Kumpulan-kumpulan Syi`ah selain dari Syi`ah Imam Dua Belas yang tidak mempercayai imamah 12 imam, jika tidak kelihatan pada mereka tanda-tanda nasibi (mengikuti Ahli Sunnah), permusuhan dan mencela para imam maka ia suci tetapi jika kelihatan pada mereka perkara-perkara tersebut maka mereka seperti nawasib yang lain. [ Lihat : Ayatullah al-Khomeini, Tahrir al-Wasilah jil.1, m.s : 119 ]



Pandangan Syiah Zaman Lampau :

1. Manusia anak pelacur selain Syi’ah.

Mula Baqir al-Majlisi meriwayatkan Bihar al-Anwar jil. 24, m.s : 311. Riwayat ini juga dinukilkan oleh al-Kulaini dalam al-Raudhah hadis bernombor 431. Kata Syi’ah, Imam al-Baqir berkata:

"Demi Allah wahai Abu Hamzah, sesungguhnya manusia itu, kesemuanya anak pelacur melainkan Syi`ah kita."


2. Sunnah / Nasibi kafir, najis dan lebih jahat daripada Yahudi, Nasrani dan Majusi.
Ni`matullah al-Jazairi menulis dalam kitabnya al-Anwar al-Nu`maniyyah jil.2, m.s : 306 :

"Penjelasan tentang al-Nasibi dan keadaannya dapat dijelaskan dengan dua perkara berikut: Pertama, maksud al-nasibi mengikut dalam hadis-hadis adalah najis, dia lebih jahat daripada Yahudi, Nasrani dan Majusi malah dia adalah kafir, najis mengikut ijmak ulama Imamiyyah."

3. Harta Sunnah halal darahnya :

Abu Ja`far al-Tusi meriwayatkan dalam Tahzib al-Ahkam, jil. 4, m.s : 122 ;
“Daripada Abu Abdullah a.s. bahawa beliau berkata: Ambillah harta al-nasib di mana sahaja kamu temui dan berikan kepada kami satu perlimanya.”

Malangnya di Malaysia kita sedang ditipu oleh sangka baik oleh sesetengah pihak terhadap Syiah dan usaha taqrib dengan Syiah oleh mereka yang tidak pernah bergelumang dengan kitab-kitab Syiah dan tidak pernah mengetahui pandangan Syiah terhadap Ahli Sunnah. Semoga kita mereka sedarkan diri mereka dari jerut kaum Dajjal ini.

Ustaz Harun Taib Bercakap Tentang Syiah

Friday, December 5, 2008

IRAN YANG MELAKUKAN SERANGAN GAS TERHADAP KURDIS DI HALABJA 1988

Amerika sendiri tidak percaya Iraq melakukannya seperti yang tersiar di akhbar Washington Post 3 May 1990. Bekas PM Britain, Tony Blair tidak percaya Saddam yang melakukannya, begitu juga dengan pegawai analisi senior CIA, Stephen C. Pelletiere (rujuk tulisan beliau di bawah), Di sana ada kajian dari seorang professor Arab yang lahir di Iraq, Mohammed al-Obaidi yang pernah disiarkan oleh media al-Jazeera satu ketika dahulu. Paling mengejutkan pihak Iran dikatakan bertanggungjawab melancarkan serangan gas berkenaan sebagai mana pendedahan-pendedahan di bawah. Pendedahan ini seharusnya membuka semuala mata para pengkaji timur tengah khususnya mengenai kejadian di Iraq dan bakal merombak fakta sejarah yang sudah terpesong. Menariknya para pengkaji telah meletak isu Halabja ini sebagai salah satu pembohongan Amerika dan Barat terhadap Iraq bagi menghalalkan serangan ke atas Negara berkenaan sama seperti kes fakta palsu isu WMD di Iraq, fakta palsu Syiah majority di Iraq, kaitan Iraq dengan al-Qaeda dan lain-lain.

Bagi mengetahui pendedahan lanjut tentang jenayah perang ini, sila ke link-link berikut :

1. How killed the Kurds in Halabja?

http://www.roadstoiraq.com/2006/08/29/how-killed-the-kurds-in-halabja/

2. PM admits graves claim 'untrue'
http://www.guardian.co.uk/politics/2004/jul/18/iraq.iraq1

3. Aziz blames Iran for Kurd gassing

http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2007/03/2008525133832358318.html

4. What Happened in Kurdish Halabja?

http://www.globalpolicy.org/security/issues/iraq/saddam/2004/1222halabja.htm

5. Who really gassed the Kurds?

By http://www.informationclearinghouse.info/article1148.htm

6. http://tenteradajjal.blogspot.com/2008/12/peeling-away-lies.html

selanjutnya :

· DR. Ibrahim Aloush - www.albasrah.net, Did Iraq attack Halabja with chemical weapons in 1988?

· Stephen C. Pelletiere - NYTimes, A Glimpse of The Past: A War Crime or an Act of War?

· Jude Wanniski, Saddam Hussein Did Not Commit Genocide

· Carlton Meyer, Saddam never gassed his own people

· Jude Wanniski, In Defense of Saddam Hussein:

· Jude Wanniski, Defending Saddam, Not President Bush

· Jude Wanninski, What Happened at Halabja?

· Ghali Hassan, What do Fallujah and Halabja have in Common?

· Robin Miller - Media Monitors Network, Claims of Saddam's Genocide Far from Proven

· Raju Thomas- Times of India, Report Suppressed: Iran Gassed Kurds, Not Iraq

· Xymphora, More on Jeffrey Goldberg

· Jude Wanniski, A Fair Trial for Saddam?

· in italiano

· Sanjay Suri, Saddam può chiamare la CIA in sua difesa:

· Ghali Hassan, Che cosa hanno in comune Fallujah e Halabja?

· Ibrahim 'Allush - Aljazira.it, L'Iraq ha veramente attaccato i curdi a Halabja nel 1988?

Ulasan penulis :

Kadang2 sering berlegar-legar di kepala saya mengapa Saddam yang dikatakan zalim itu mati dengan lafaz kalimah syahadah.. dan menyeru supaya menentang kaum Parsi sehingga saat ditali gantung… Apakah tulisan-tulisan ini membuktikan beliau tidak sezalim yang pernah disangkakan oleh sebahagian dari kita semua dahulu.


Hakikatnya, Iraq jika dibandingkan pemerintahan Saddam dan sekarang seperti kata Jalal Talebani, presiden Iraq berbangsa Kurdis, “Iraq lebih aman semasa pemerintahan Saddam berbanding pemerintahan sekarang”.. Laporan akhbar juga telah membuktikan serangan membunuh boleh berlaku di mana-mana sahaja di Iraq hari ini hasil pertembungan Syiah dan Sunnah.


Dengan kesucian aqidah Sunnah yang beliau anuti, semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa beliau yang lalu.


tenteradajjal.blogspot.com

Sunday, November 16, 2008

Ayat al-Tath-hir

(AYAT YG DIGUNAKAN SBG HUJAH SYIAH DALAM MEMA’SUMKAN AHL BAIT)
JAWAPAN AHL AL-SUNNAH
Memandangkan dakwaan dan hujah Syi‘ah ke atas Ayat al-Tath-hir agak panjang lagi mendalam, penulis akan membahagikan analisa dan jawapan ke atasnya kepada lima perbahasan:
1. Adakah ayat 33 surah al-Ahzab membicara subjek kemaksuman?
2. Adakah istilah Ahl al-Bait dalam ayat 33 surah al-Ahzab merujuk kepada para isteri Rasulullah atau 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain?
3. Darjat dan maksud Hadis al-Kisa’.
4. Darjat dan maksud Hadis seruan bersolat Subuh.
5. Darjat dan maksud Hadis Abu Sa‘id al-Khudri.
Pertama: Adakah ayat 33 surah al-Ahzab membicara subjek kemaksuman?
Jawapannya tidak. Para pembaca dijemput memerhatikan semula ayat 33 surah al-Ahzab:
Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya. [al-Ahzab 33:33][3]
Perhatikan bahawa Allah ‘Azza wa Jalla menggunakan perkataan Yuridu (يريد) yang bererti “kehendak” atau “keinginan” atau “bermaksud”. Kemudian perkataan Yuzhiba (يذهب) didahului dengan huruf Lam (Ù„) yang bererti “untuk” atau “supaya”. Justeru firman Allah:(إنما يريد الله ليذهب) hanyalah menerangkan “kehendak” Allah “untuk” menghilangkan dosa para Ahl al-Bait.
Seandainya Allah ingin menetapkan sifat maksum (bebas dari dosa dan suci), Allah akan berfirman dengan sesuatu yang bersifat menetapkan, umpama:
“Sesungguhnya Allah telah menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan telah membersihkan kamu sebersih-bersihnya.”
Oleh itu Syi‘ah telah melakukan satu kesalahan yang amat besar lagi fatal apabila mereka mendakwa ayat 33 surah al-Ahzab membicara subjek kemaksuman. Yang benar ayat 33 surah al-Azhab tidak membicara subjek kemaksumam, jauh sekali daripada berperanan menetapkan sifat maksum kepada sesiapa, sama ada kepada para isteri Rasulullah atau kepada 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain.[4]

Timbul soalan seterusnya, apakah maksud sebenar firman Allah dalam ayat 33 surah al-Ahzab? Jawapannya akan diperolehi dalam perbahasan kedua seterus ini. Sebelum itu untuk memantapkan fahaman para pembaca, berikut dikemukakan contoh sebuah ayat yang juga menggunakan perkataan (يريد) dan (التطهير). Ia adalah ayat berkenaan perintah wudhu’, firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu.
Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi berkehendak untuk membersihkan (طهر) kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. [al-Maidah 5:06]
Perhatikan perenggan kedua ayat di atas. Seandainya Syi‘ah menafsirkan ayat 33 surah al-Ahzab sebagai menetapkan sifat maksum kepada Ahl al-Bait, maka dengan itu juga setiap orang beriman yang berwudhu’ akan memiliki sifat maksum juga. Ini kerana kedua-dua ayat 33 surah al-Ahzab dan ayat kelima surah al-Maidah mengunakan istilah Tahara (طهر) yang bermaksud “bersih” atau “suci”.
Di sisi Ahl al-Sunnah, kedua-dua ayat 33 surah al-Ahzab dan ayat kelima surah al-Maidah tidak membicarakan sifat maksum mahupun menetapkan sifat maksum kepada orang yang dirujuk olehnya. Perhatikan, sebagaimana ayat 33 surah al-Ahzab, ayat di atas juga menggunakan perkataan Yuridu dan tambahan huruf Lam: …tetapi (Allah) berkehendak (يريد) untuk membersihkan (Ù„ + يطهر = ليطهر) kamu dan…
Berdasarkan penggunaan perkataan Yuridu (يريد) dan tambahan huruf Lam (Ù„), maka ayat kelima surah al-Maidah ini tidak berperanan menetapkan sifat maksum kepada setiap orang beriman yang berwudhu’. Demikianlah juga bagi ayat 33 surah al-Ahzab, ia tidak berperanan menetapkan sifat maksum kepada Ahl al-Bait.
Jawapan

Kedua: Adakah istilah Ahl al-Bait dalam ayat 33 surah al-Ahzab merujuk kepada para isteri Rasulullah atau 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain?
Jawapannya akan diperolehi dengan mengkaji keseluruhan konteks perbincangan ayat dari mula hingga akhir. Ia bermula dengan ayat 28 surah al-Ahzab:
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut'ah (sagu hati), dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya. [al-Ahzab 33:28]

Dan sekiranya kamu semua mahukan (keredaan) Allah dan Rasul-Nya serta (nikmat kemewahan) di Negeri Akhirat maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik di antara kamu: pahala yang besar. [al-Ahzab 33:29]
Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa di antara kamu yang melakukan sesuatu perbuatan keji yang nyata, nescaya akan digandakan azab seksa baginya dua kali ganda. Dan (hukuman) yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya. [al-Ahzab 33:30]
Dan sesiapa di antara kamu semua tetap taat kepada Allah dan Rasul-Nya serta mengerjakan amal yang salih, Kami akan beri kepadanya pahala amalnya itu dua kali ganda, dan Kami sediakan baginya limpah kurnia yang mulia. [al-Ahzab 33:31]
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). [al-Ahzab 33:32]
Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu; dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya.
Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya. [al-Ahzab 33:33][5]
Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus Tadbir-Nya, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. [al-Ahzab 33:34]
Jelas daripada ayat-ayat di atas bahawa yang menjadi konteks perbincangan ialah tunjuk ajar serta perintah dan larangan Allah ‘Azza wa Jalla kepada para isteri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, radhiallahu ‘anhum. Firman Allah dalam ayat 33 ……
Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya…… bukan suatu ayat yang terpisah daripada rangkaian ayat 28 hingga 34. Akan tetapi ia termasuk sebahagian daripada ayat-ayat tersebut. Ia berperanan menerangkan tujuan atau hasil yang ingin dikurniakan oleh Allah kepada para isteri Rasulullah dengan segala tunjuk ajar, perintah dan larangan tersebut.
Oleh itu perkataan Ahl al-Bait dalam ayat 33 surah al-Ahzab tetap merujuk kepada para isteri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, radhiallahu ‘anhum. Jika ditafsirkan ayat 33 ini merujuk kepada ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain, ia bererti ‘Ali, Hasan dan Husain diperintahkan untuk tetap berada di dalam rumah. Seterusnya mereka dilarang berhias (tabarruj) apabila berada di luar rumah. Ini adalah tafsiran yang menjauhi fakta yang benar dan pemikiran yang sihat kerana sedia diketahui bahawa ‘Ali, Hasan dan Husain sentiasa bergiat aktif di luar rumah dalam ekspedisi dakwah dan jihad. Lebih dari itu mereka terdiri daripada kaum lelaki yang tidak berhias sebagaimana kaum wanita. Justeru tidak mungkin menafsirkan perkataan Ahl al-Bait dalam ayat di atas sebagai merujuk kepada 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain.
Adapun beberapa petunjuk daripada al-Qur’an yang dikemukakan oleh Syi‘ah sebagai bukti bahawa ayat 33 surah al-Ahzab hanya merujuk kepada 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain radhiallahu ‘anhum, ia dapat dijawab dengan mudah seperti berikut:
Jawapan Kepada Petunjuk Pertama:
Istilah Ahl al-Bait tidaklah mutlak merujuk kepada keluarga yang memiliki ikatan nasab sahaja. Ia juga merujuk kepada keluarga yang memiliki ikatan pernikahan. Berikut adalah satu contoh ayat al-Qur’an yang menggunakan istilah Ahl al-Bait ketika merujuk kepada isteri Nabi Ibrahim ‘alaihi salam.

Isteri (Nabi Ibrahim) berkata: Sungguh ajaib keadaanku! Adakah aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua dan suamiku ini juga sudah tua? Sesungguhnya kejadian ini suatu perkara yang menghairankan.

Malaikat-malaikat itu berkata: Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan berkat-Nya melimpah-limpah kepada kamu, wahai Ahl al-Bait. Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya. [Hud 11:72-73]

Jawapan Kepada Petunjuk Kedua:
Ayat 33 surah al-Ahzab yang bersifat maskulin (muzakkar) bukan kerana ia mengecualikan para isteri Rasulullah tetapi kerana ia merujuk kepada perkataan Ahl (أهل) yang sememangnya bersifat maskulin. Dalam kaedah bahasa Arab:
1. Apabila istilah Ahl bersifat maskulin, maka seluruh ayat akan bersifat maskulin juga sekalipun yang dibicarakan ialah berkenaan kaum wanita.
2. Ayat yang bersifat maskulin tidak mengecualikan kaum wanita kerana lafaz mazkulin boleh mewakili kedua-dua lelaki dan wanita.[6]
Kedua-dua poin di atas merupakan kaedah yang amat asas dalam ilmu bahasa Arab. Hal ini mendapat perhatian Wan Zahidi Wan Teh di dalam tulisannya: Ahlul Bait Menurut Pandangan Sunnah dan Syi‘ah sehingga beliau mengulas:[7]
Hujah ini sebenarnya menunjukkan kejahilan mereka (Syi‘ah) dalam bahasa Arab kerana kebanyakan mereka daripada bangsa Parsi tidak memahami bahasa Arab secara mendalam.
Jawapan Kepada Petunjuk Ketiga:
Syi‘ah menggunakan teguran Allah kepada para isteri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, radhiallahu ‘anhum dalam ayat 4 surah al-Tahrim sebagai hujah bahawa mereka (para isteri) tidak termasuk dalam ciri-ciri kemaksuman yang ditetapkan dalam ayat 33 surah al-Ahzab. Hujah ini tertolak dengan dua sebab:

1. Teguran Allah kepada para isteri Rasulullah bukanlah untuk merendahkan mereka tetapi kerana ingin memelihara mereka daripada sifat-sifat yang tidak baik. Para isteri Rasulullah radhiallahu ‘anhum adalah ibu kepada umat Islam seluruhnya sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri; dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka. [al-Ahzab 33:06]
Sebagai “ibu” umat Islam, para isteri Rasulullah menjadi teladan kepada para isteri orang beriman seluruhnya. Justeru apabila Allah menegur dan memberi tunjuk ajar, ia bukanlah kerana keburukan yang ada pada para isteri Rasulullah tetapi kerana Allah ingin menjadikan mereka sumber teladan atau rujukan kepada para isteri umat Islam seluruhnya.
2. Ayat 33 surah al-Ahzab tidak menetapkan sifat maksum kepada sesiapa, sama ada kepada para isteri Rasulullah mahupun 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain. Oleh itu sia-sia sahaja penghujahan Syi‘ah ini.

Demikianlah jawapan Ahl al-Sunnah kepada petunjuk-petunjuk al-Qur’an yang dikemukakan oleh Syi‘ah untuk mengecualikan para isteri Rasulullah daripada istilah Ahl al-Bait. Kembali kita kepada persoalan asal yang sedang dibahas: Adakah istilah Ahl al-Bait dalam ayat 33 surah al-Ahzab merujuk kepada para isteri Rasulullah atau 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain?
Jawapannya: Istilah Ahl al-Bait dalam ayat 33 surah al-Ahzab merujuk kepada para isteri Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sahaja radhiallahu ‘anhum.
Jawapan

Ketiga: Darjat dan maksud Hadis al-Kisa’.
Umm Salamah radhiallahu ‘anha berkata:
Diturunkan ayat ini kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam: Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya [al-Ahzab 33:33] di dalam rumah Umm Salamah.
Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memanggil Fathimah, Hasan dan Husain dan menyelimuti mereka dengan kain (Kisa’) manakala ‘Ali berada di belakangnya, lalu diselimuti juga dengan kain.
Kemudian Nabi berdoa: “Ya Allah ! mereka adalah Ahl al-Bait aku maka hilangkanlah dosa dari mereka dan bersihkanlah mereka dengan sebersih-bersihnya.”
Berkata Umm Salamah: “Dan aku bersama mereka wahai Nabi Allah?” Rasulullah menjawab: “Engkau tetap pada kedudukan engkau dan engkau selalu dalam kebaikan.”
Perbicaraan ke atas apa-apa hadis tidak memiliki nilai melainkan didahului dengan darjat kekuatannya. Oleh itu kita mulakan dengan membahas darjat kekuatan Hadis al-Kisa’.
Darjat Hadis al-Kisa’.
Hadis al-Kisa’ memiliki darjat yang sahih. Ia dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah, Ahmad, al-Tirmizi, al-Bazzar, Ibn Jarir al-Thabari, Ibn Hibban, Ibn Abi Hatim, al-Hakim, al-Thabarani, al-Baihaqi dan al-Hafiz al-Haskani, di atas dengan lafaz al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan al-Tirmizi – no: 3787 (Kitab Manaqib, Bab Manaqib Ahl Bait Nabi). Juga dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya– no: 2424 dan lain-lain daripada ‘A‘isyah (عائشة) radhiallahu 'anha tanpa disertai oleh pertanyaan Umm Salamah.

Maksud Hadis al-Kisa’.
Merupakan satu keajaiban bagaimana Hadis al-Kisa’ boleh dijadikan hujah oleh Syi‘ah padahal ia adalah sebaik-baik dalil bagi menolak dakwaan mereka bahawa ayat 33 surah al-Ahzab turun untuk ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain radhiallahu ‘anhum.
Ini kerana seandainya ayat 33 tersebut pada asalnya ditujukan kepada ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain, tidak perlu lagi untuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menyelimuti mereka berempat dan mendoakan mereka. Namun Rasulullah berbuat yang sebaliknya, menunjukkan bahawa baginda mengetahui bahawa ayat 33 tersebut pada asalnya ditujukan kepada para isteri baginda. Lalu baginda mengingini agar ia mencakupi juga ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain. Maka kerana itulah baginda berdoa agar mereka turut serta.[8]
Perlu diingatkan bahawa Rasulullah dengan bimbingan wahyu yang diperolehinya tidak sekali-kali melakukan perkara yang sia-sia. Sungguh amat jauh daripada akal yang lurus dan logik yang sihat jika Rasulullah mendoakan ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain dengan lafaz doa yang berasal dari ayat yang ditujukan kepada mereka berempat – melainkan – ayat tersebut sememangnya tidak ditujukan kepada mereka berempat lalu Rasulullah berdoa dengannya agar mereka berempat termasuk sama.
Adapun pertanyaan Umm Salamah: “Dan aku bersama mereka wahai Nabi Allah?”, maka ia memiliki dua sebab tanpa yang ketiga:
1. Di saat tersebut Umm Salamah tidak tahu berkenaan ayat 33 surah al-Ahzab kerana ia baru sahaja diturunkan dan Rasulullah belum membacakannya kepada beliau. Maka Umm Salamah bertanya dalam suasana beliau tidak mengetahui keberadaan ayat 33 tersebut.
2. Jawapan Rasulullah: Engkau tetap pada kedudukan engkau dan engkau selalu dalam kebaikan bukanlah mengecualikan Umm Salamah daripada ayat 33 surah al-Ahzab tetapi daripada doa baginda kepada ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain. Bahkan di dalam jawapan Rasulullah sendiri terkandung petunjuk bahawa baginda mengetahui Umm Salamah terdiri daripada orang yang ditujukan oleh ayat 33 surah al-Ahzab.
Dalam sebahagian kecil lafaz yang lain dari hadis yang sama, disebut bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pada mulanya berdoa: “Ya Allah! Mereka adalah Ahl al-Bait aku maka hilangkanlah dosa dari mereka dan bersihkanlah mereka dengan sebersih-bersihnya” kemudian barulah turun ayat 33 surah al-Ahzab. Perbezaan lafaz ini tidak membawa apa-apa kesan positif kepada penghujahan Syi‘ah kerana:

1. Riwayat yang lebih terpelihara menerangkan bahawa ayat 33 surah al-Ahzab turun dahulu kemudian diikuti dengan doa Rasulullah.
2. Sekalipun Rasulullah sememangnya berdoa sebelum turunnya ayat, ia tetap tidak memiliki apa-apa perbezaan kerana ayat 33 surah al-Ahzab yang turun tidak bersifat menetapkan apa yang didoakan oleh baginda.

3. Doa Rasulullah hanyalah merupakan satu doa dan tidak lebih dari itu. Baginda mengharapkan agar ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain dibersihkan daripada dosa dan disucikan. Paling tinggi doa tersebut mengharapkan supaya mereka berempat menjadi golongan bertaqwa yang dihilangkan dosa dan disucikan dengan sesuci-sucinya. Doa baginda tidak menetapkan sifat maksum kepada mereka berempat.[9]

Justeru tidak ada beza sama sekali sama ada Rasulullah berdoa sebelum atau selepas turunnya ayat 33 surah al-Ahzab kerana ia (ayat tersebut) dan doa baginda tetap tidak bersifat menghapuskan dosa dan menyucikan ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain, jauh sekali daripada menetapkan sifat maksum kepada mereka berempat, radhiallahu ‘anhum.
Timbul soalan seterusnya: Adakah doa Rasulullah dalam Hadis al-Kisa’ dimakbulkan oleh Allah sehingga ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain menjadi manusia yang maksum sebagaimana dakwa Syi‘ah?
Jawapannya tidak. Hal ini dibuktikan oleh sejarah di mana ‘Ali, Hasan dan Husain telah berijtihad sebagai manusia biasa dalam menghadapi pelbagai cabaran dan krisis pada zaman kehidupan mereka. Sebahagian daripada ijtihad mereka benar dan sebahagian lagi salah sehingga akhirnya mereka gugur syahid dan mendapat darjat yang mulia di sisi Allah.
Jawapan

Keempat: Darjat dan maksud Hadis Seruan Bersolat Subuh.
Daripada Anas bin Malik (radhiallahu ‘anh), bahawasanya Rasulullah sallallau ‘alaihi wasallam melintas di hadapan pintu (rumah) Fathimah radhiallahu ‘anha selama enam bulan apabila keluar untuk pergi bersolat Subuh. Baginda akan bersabda:
“Bersolatlah wahai Ahl al-Bait (kemudian membaca ayat 33 surah al-Ahzab): Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya.”
Darjat Hadis Seruan Bersolat Subuh
Sekalipun hadis ini tercatit di dalam banyak rujukan, ia tidak memiliki darjat yang sahih. Yang benar sanadnya berdarjat dha‘if sekalipun dengan tiga jalan periwayatan yang dimilikinya:

Jalan Periwayatan Pertama:
Dikeluarkan oleh al-Thayalisi (الطيالسي) di dalam al-Musnad – no: 2059 (Kitab isnad Anas bin Malik al-Anshori, Bab ‘Ali bin Ziyad bin Jud‘an), Ibn Abi Syaibah di dalam al-Musannaf – no: 32262 (Kitab Keutamaan, Bab apa yang disebut berkenaan keutamaan Fathimah), ‘Abd bin Humaid (عبد بن حميد) di dalam al-Musnad – no: 1223 (Musnad Anas bin Malik), Ahmad di dalam al-Musnad – no: 13728 & no: 14040 (Musnad Anas bin Malik), al-Tirmizi di dalam al-Sunan – no: 3206 (Kitab tafsir, Bab tafsir surah al-Ahzab), Abu Ya’la di dalam al-Musnad – no: 3978 (Musnad Anas bin Malik), Ibn Jarir al-Thabari di dalam Jami’ al-Bayan – no: 21729 (tafsir ayat 33 surah al-Ahzab), al-Thahawi di dalam Musykil al-Atsar – no: 784 (Bab penjelasan daripada Rasulullah berkenaan maksud ayat 33 surah al-Ahzab), al-Thabarani di dalam al-Mu’jam al-Kabir, jld. 3, ms. 56, no: 2671 & jld. 22, ms. 402, no: 1002, al-Hakim di dalam al-Mustadrak – no: 4748 (Kitab Ma’rifah para sahabat, Bab manaqib keluarga Rasulullah) dan al-Hafiz al-Haskani di dalam Syawahid al-Tanzil li Qawa‘id al-Tafdhil – no: 637, 638, 639, 640, 641, 643, 644 & 773 (Asbab al-Nuzul no: 130).
Semuanya dengan sanad yang berpangkal kepada ‘Ali bin Ziyad bin Jud‘an, daripada Anas bin Malik. ‘Ali bin Ziyad bin Jud‘an Abu al-Hasan al-Quraisy, berkata Ahmad bin Hanbal: Tidaklah dia kuat dan orang ramai meriwayatkan daripadanya. Berkata Yahya bin Ma‘in dan Abu Zar‘ah: Tidak boleh dijadikan hujah. Berkata Abi Hatim al-Razi: Tidaklah dia kuat, ditulis hadisnya dan tidak boleh dijadikan hujah.[10]

Jalan Periwayatan Kedua:
Dikeluarkan oleh ‘Abd bin Humaid di dalam al-Musnad – no: 475 (Bab Abu al-Hamra’ maula Nabi), Ibn Jarir al-Thabari di dalam Jami’ al-Bayan – no: 21731 (tafsir ayat 33 surah al-Ahzab), al-Thahawi di dalam Musykil al-Atsar – no: 785 (Bab penjelasan daripada Rasulullah berkenaan maksud ayat 33 surah al-Ahzab), al-Thabarani di dalam al-Mu’jam al-Kabir, jld. 3, ms. 56, no: 2672 & jld. 22, ms. 200, no: 525, al-Tsa’labi di dalam al-Kasyf wa al-Bayan, jld. 8, ms. 44 (tafsir ayat 33 surah al-Ahzab) dan al-Hafiz al-Haskani di dalam Syawahid al-Tanzil – no: 694, 695, 696, 697, 698, 699, 701, 702, 703, 766, 771 & 772 (Asbab al-Nuzul no: 130).
Semuanya dengan sanad yang berpangkal kepada Abu Daud, dia berkata aku mendengar Abi al-Hamra’ radhiallahu ‘anh, dia berkata: Aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam datang ke pintu (rumah) Fathimah selama 6 bulan lalu baginda bersabda (dengan membaca ayat 33 surah al-Ahzab): Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya. Demikian mengikut lafaz al-Thabarani.
Abi al-Hamra’, beliau ialah salah seorang budak kerja Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Abu Daud, nama sebenarnya ialah Nafi’ bin al-Harits al-Hamdani al-A’mi daripada Kufah, demikian terang Abu Ja’far al-Thahawi dan al-Hafiz al-Haskani. Beliau ditinggalkan hadisnya (matruk) manakala didustakan oleh Yahya bin Ma‘in.[11]
Jalan Periwayatan Ketiga:
Dikeluarkan oleh al-Thabarani di dalam al-Mu’jam al-Ausath – no: 8127 (Bab yang bernama Musa), al-Tsa’labi di dalam al-Kasyf wa al-Bayan, jld. 8, ms. 42 (tafsir ayat 33 surah al-Ahzab) dan al-Hafiz al-Haskani di dalam Syawahid al-Tanzil – no: 665, 666, 667 & 668 (Asbab al-Nuzul no: 130).

Semuanya dengan sanad yang berpangkal kepada ‘Athiyah, daripada Abu Sa‘id al-Khudri radhiallahu ‘anh, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam datang ke pintu (rumah) ‘Ali selama 40 pagi dengan mengucapkan salam: Assalamu‘alaikum Ahl al-Bait waRahmatullahi waBarakatuh, bersolatlah semoga dirahmati Allah (kemudian baginda membaca ayat 33 surah al-Ahzab): Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya.
‘Athiyah, beliau ialah ‘Athiyah bin Sa‘ad Abu al-Hasan al-‘Aufiy, seorang Syi‘ah daripada Kufah. Beliau dihukum dha‘if oleh Hisyam, Yahya bin Sa‘id al-Qathan, Ahmad bin Hanbal, Sufyan al-Tsauri, Abu Zar‘ah al-Razi, Ibn Ma‘in, Abu Hatim al-Razi, al-Nasa’i, al-Jauzajani, Ibn ‘Adiy, Abu Daud, Ibn Hibban, al-Daruquthni dan lain-lain lagi. Selain itu beliau masyhur dengan sifat tadlis yang amat buruk.[12]

Demikianlah takhrij hadis atau semakan hadis berdasarkan sumbernya yang asal. Ia memiliki tiga jalan periwayatan dengan yang pertama memiliki kecacatan yang sederhana. Akan tetapi jalan yang kedua dan ketiga memiliki kecacatan yang berat sehingga tidak boleh dijadikan penguat untuk jalan periwayatan yang pertama. Justeru darjat sanad hadis ini adalah dha‘if.
Maksud Hadis Seruan Bersolat Subuh
Jika sebelum ini kita telah saksikan keajaiban Syi‘ah menggunakan Hadis al-Kisa’ sebagai hujah, kini kita akan saksikan keajaiban kedua pula. Ini kerana, sebagaimana Hadis al-Kisa’, Hadis Seruan Bersolat Subuh juga adalah sebaik-baik dalil bagi menolak dakwaan Syi‘ah bahawa ayat 33 surah al-Ahzab turun untuk ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain radhiallahu ‘anhum. Bahkan ia juga menjadi dalil bahawa ayat 33 tersebut tidak menetapkan sifat maksum kepada mereka berempat. Sebabnya:
1. Istilah Ahl al-Bait, sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini dalam Perbahasan Kedua, boleh merujuk kepada keluarga ikatan pernikahan atau keluarga ikatan nasab. Baginda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri pernah berdiri di hadapan pintu rumah ‘A‘isyah (عائشة) radhiallahu ‘anha dan memanggil beliau dengan gelaran Ahl al-Bait:
……maka keluarlah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menuju ke bilik (rumah)[13] ‘A’isyah dan bersabda: “Assalamu‘alaikum Ahl al-Bait waRahmatullah!” ‘A’isyah menjawab: “Wa ‘alaika salam waRahmatullah!”……[14]

Oleh itu tindakan Rasulullah menyeru ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain dengan gelaran Ahl al-Bait bukanlah kerana mereka telah dikhususkan oleh ayat 33 surah al-Ahzab tetapi kerana mereka pada asalnya tergolong di dalam keumuman istilah Ahl al-Bait.
2. Penggunaan ayat 33 surah al-Ahzab oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah kerana keinginan baginda agar ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain radhiallahu ‘anhum tergolong sama dalam tujuan ayat, iaitu agar dihapuskan dosa dan dibersihkan daripada pengaruhnya. Maka kerana itu baginda mendahuluinya dengan perintah untuk bangun menunaikan solat Subuh. Sama-sama kita ketahui daripada beberapa hadis sahih yang lain bahawa satu solat fardhu ke solat fardhu yang lain menghapuskan dosa di antaranya dan membersihkan pengamalnya daripada pengaruh dosa umpama seorang yang mandi lima kali sehari.
3. Hadis di atas membatalkan dakwaan Syi‘ah bahawa ayat 33 surah al-Ahzab menetapkan sifat maksum kepada 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain radhiallahu ‘anhum. Sebabnya, adalah mustahil seorang yang dinobatkan sifat maksum, khalifah umat dan sumber rujukan syari‘at tidak dapat bangun pagi dengan sendirinya untuk menunaikan solat Subuh selama beberapa bulan berturut-turut.
4. Di sisi Ahl al-Sunnah, hadis ini menunjukkan bahawa ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain adalah manusia biasa yang terkadang lewat untuk bangun menunaikan solat Subuh, berbeza dengan Muhammad sebagai seorang Rasul Allah yang maksum, khalifah umat dan sumber rujukan syari‘at, baginda sentiasa dalam keadaan bersiap sedia untuk menunaikan solat Subuh.
Kesimpulannya, Hadis Seruan Bersolat Subuh dari sudut darjat, ia memiliki sanad yang dha‘if manakala dari sudut maksud, ia membelakangi bahkan membatalkan hujah yang cuba ditegakkan oleh Syi‘ah daripadanya.

Jawapan

Kelima: Darjat dan maksud Hadis Abu Sa‘id al-Khudri.
Diriwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudri radhiallahu ‘anhum bahawa beliau berkata:
Diturunkan ayat ini kepada lima orang: “Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya” , iaitu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain (radhiallahu ‘anhum).
Darjat Hadis Abu Sa‘id al-Khudri.
Hadis ini dikeluarkan oleh al-Bazzar sebagaimana takhrij al-Haitsami di dalam Majma’ al-Zawa‘id – no: 14976 (Kitab Manaqib, Bab ke 14) (Lihat Musnad al-Bazaar – no: 2611 sebagaimana di catitan notakaki), Ibn Jarir al-Thabari di dalam Jami’ al-Bayan – no: 21727, al-Thabarani di dalam al-Mu’jam al-Shagheir, jld. 1, ms. 135 (Bab al-Ha’, yang bernama al-Hasan), al-Mu’jam al-Ausath – no: 3456 (Bab yang bernama al-Hasan) & al-Mu’jam al-Kabir, jld. 3, ms. 56, no: 2673 dan al-Hafiz al-Haskani di dalam Syawahid al-Tanzil – no: 660, 661, 662, 663, 664, 767, 769, 770 & 774 (Asbab al-Nuzul no: 130). Ibn Abi Hatim menyebutnya di dalam Tafsir al-Qur’an al-‘Adzhim Musnadan ‘an Rasulullah wa al-Shahabah wa al-Tabi‘in – no: 17673 dari Abu Sa‘id tanpa sanad.
Di atas dengan lafaz al-Thabarani di dalam al-Kabir. Diperselisihkan riwayat ini sama ada marfu’ (sabda Rasulullah) atau mauquf (kata-kata Abu Sa‘id sendiri). Namun hal ini tidak menjadi masalah kerana semua jalan periwayatan di atas berpangkal kepada ‘Athiyah, daripada Abu Sa‘id al-Khudri. ‘Athiyah, beliau ialah ‘Athiyah bin Sa‘ad Abu al-Hasan al-‘Aufiy, seorang Syi‘ah daripada Kufah. Beliau dihukum dha‘if oleh Hisyam, Yahya bin Sa‘id al-Qathan, Ahmad bin Hanbal, Sufyan al-Tsauri, Abu Zar‘ah al-Razi, Ibn Ma‘in, Abu Hatim al-Razi, al-Nasa’i, al-Jauzajani, Ibn ‘Adiy, Abu Daud, Ibn Hibban, al-Daruquthni dan lain-lain lagi. Selain itu beliau masyhur dengan sifat tadlis yang amat buruk.[15]
Berdasarkan kecacatan di atas, hadis ini ditolak bukan sahaja kerana kedha‘ifan dan sifat tadlis ‘Athiyah, tetapi juga kerana di sisi disiplin hadis Ahl al-Sunnah, riwayat yang dibawa oleh seorang Syi‘ah demi kepentingan mazhabnya adalah tertolak.
al-Hafiz al-Haskani mengeluarkan riwayat yang seumpama daripada Ibn ‘Abbas (no: 700) dan Umm Salamah (no: 756) tetapi dengan sanad yang tidak penulis temui status al-Jarh wa al-Ta’dil bagi para perawinya.

Maksud Hadis Abu Sa‘id al-Khudri.
Hadis ini memiliki maksud yang tertolak. Ini kerana apabila ia memasukkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ke dalam cakupan ayat 33 surah al-Ahzab, ia bererti Rasulullah sendiri pada asalnya merupakan seorang yang berdosa dan tercemar dengan kotorannya. Ini jelas ditolak oleh iktikad yang tulen, nas yang sahih dan pengetahuan yang benar.
Alhamdulillah, selesailah perbahasan kita dalam menjawab dan menolak hujah-hujah Syi‘ah ke atas Ayat al-Tath-hir. Terbuktikan bahawa semua penghujahan Syi‘ah tidak ada yang benar. Bahkan sebahagian “petunjuk” yang mereka gunakan sebagai penguat hujah sebenarnya bertindak untuk membatalkan hujah itu sendiri. Insya-Allah seterusnya kita beralih kepada ayat yang kedua terpenting dalam Mazhab Syi‘ah, iaitu Ayat al-Wilayah.
Kesimpulan mudah kepada para pembaca:
Ayat 33 surah al-Ahzab diturunkan kepada para isteri Rasulullah dalam rangka menyuruh mereka berusaha menghindari dosa dan menyucikan diri daripada pengaruhnya.
Sekalipun ayat 33 surah al-Ahzab mencakupi ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain, ia tetap tidak memberi mereka status maksum untuk dinobatkan sebagai khalifah umat Islam dan sumber rujukan syari‘at selepas kewafatan Rasulullah.
Istilah “Ahl al-Bait” boleh merujuk kepada keluarga berdasarkan ikatan pernikahan dan nasab.

Kedua: Ayat al-Wilayah
[1] Terjemahan daripada al-Qur’an dan Terjemahannya yang diterbitkan oleh Yayasan Penyelenggara Penterjemah & Penafsir al-Qur’an, Indonesia.
[2] Nukilan berpisah daripada Limaza Akhtartu Mazhab al-Syi‘ah (Muassasah al-‘Alami, Beirut, tp.thn.), ms. 66.
[3] Terjemahan daripada al-Qur’an dan Terjemahannya yang diterbitkan oleh Yayasan Penyelenggara Penterjemah & Penafsir al-Qur’an, Indonesia.
[4] Ibn Taimiyyah - Minhaj al-Sunnah, jld. 4, ms. 21 (bagi edisi lama rujuk jld. 2, ms. 117).
[5] Terjemahan daripada al-Qur’an dan Terjemahannya yang diterbitkan oleh Yayasan Penyelenggara Penterjemah & Penafsir al-Qur’an, Indonesia.
[6] Lebih lanjut lihat:
1. Muhammad al-Amin al-Syanqithi – Adwa’ al-Bayan fi Aydhoh al-Qur’an bi al-Qur’an, jld. 6, ms. 379.
2. Muhammad al-Amin bin ‘Abd Allah al-Uramiyyi – Tafsir Hadaiq al-Rahw wa al-Raihan
(حدائق الروح والريحان) fi Rawabiy ‘Ulum al-Qur’an (Dar Thuq al-Najah, Beirut 2001), jld. 23, ms. 17.
3. Wan Zahidi Wan Teh – Ahlul Bait Menurut Pandangan Sunnah dan Syi‘ah (kertas kerja seminar Syi‘ah Imamiyah Mazhab Ke 5?; Nur Publications, Kajang 1996), ms. 59-60.
[7] Ahlul Bait Menurut Pandangan Sunnah dan Syi‘ah, ms. 59.
[8] Muhammad bin Ahmad al-Qurtubi (671H) – Jami’ li Ahkam al-Qur’an, jld. 14, ms. 135 (tafsir bagi ayat 34 surah al-Ahzab).
[9] Ibn Taimiyyah – Minhaj al-Sunnah, jld. 4, ms. 16. (jld. 2, ms. 116)
[10] Ibn Abi Hatim al-Razi – al-Jarh wa al-Ta’dil, jld. 6, ms. 186, biografi no: 1021.
[11] Ibn Hajar al-‘Asqalani – Taqrib al-Tahzib – biografi no: 7207
[12] al-‘Uqaili – al-Dhu‘afa’ al-Kabir – biografi no: 1392; Ibn Hajar al-‘Asqalani – Thabaqat al-Mudallisin – biografi no: 122 dan Syu‘aib al-Arna’uth (الأرنؤوط) & Basyar ‘Awwad Ma’ruf – Tahrir Taqrib al-Tahzib, biografi no: 4616.
Tadlis bermaksud menyembunyikan nama perawi sebenar yang diambil hadis daripadanya. Ini dilakukan atas beberapa sebab, yang masyhur ialah menutup kelemahan dan kecacatan yang terdapat pada perawi yang disembunyikan itu supaya hadis yang dibawanya tidak menjadi lemah atau tertolak.
[13] Disebut rumah ‘A‘isyah sebagai “bilik” kerana di saat itu rumah para isteri Rasulullah semuanya kecil seperti sebuah bilik.
[14] Sahih: Ringkasan hadis daripada Anas bin Malik radhiallahu ‘anh, lihat Shahih al-Bukhari – no: 4793 (Kitab tafsir, Bab tafsir ayat 53 surah al-Ahzab).
[15] al-‘Uqaili – al-Dhu‘afa’ al-Kabir – biografi no: 1392; Ibn Hajar al-‘Asqalani – Thabaqat al-Mudallisin – biografi no: 122 dan Syu‘aib al-Arna’uth (الأرنؤوط) & Basyar ‘Awwad Ma’ruf – Tahrir Taqrib al-Tahzib, biografi no: 4616.
Tadlis bermaksud menyembunyikan nama perawi sebenar yang diambil hadis daripadanya. Ini dilakukan atas beberapa sebab, yang masyhur ialah menutup kelemahan dan kecacatan yang terdapat pada perawi yang disembunyikan itu supaya hadis yang dibawanya tidak menjadi lemah atau tertolak.

http://www.hujahsunnah.page.tl/-Jawapan-Kepada-Hujah-Syiah-_-Kema-h-suman-Imam-Oleh-Syiah-.htm?PHPSESSID=45cfb10f25db090d150125c1b424d902#

Pendapat para ulama tentang Syiah Rafidhah.

Ibn Hajar berkata:1 "Pelaku bid'ah itu ada yang menjadi kafir dan fasiq. Bahwa perbuatan bid'ah ada yang menjadikan pelakunya kafir, ini disepakati oleh para ulama. Misalnya, (bid'ah) pada ajaran Rafidhah ekstrim. Sebagian Rafidhah meyakini bahwa Tuhan telah mengambil tempat pada diri 'Ali dan lainnya. Menurut mereka, 'Ali akan kembali ke dunia sebelum hari kiamat.
Syi'ah Imamiyah, juga meyakini kebangkitan kembali Imam Muhammad ibn Hasan al-Askari berikut para pendukung maupun musuhnya, sebelum hari kiamat. Mereka ini tergolong kaum Rafidhah ekstrim yang dipandang kafir lantaran bid'ahnya, dan karenanya, riwayat mereka ditolak."Dr. Musthafa as-Siba'i, dalam buku as-Sunnah wa Makanatuha fi at-Tasyri' al-Islami, mengutip tulisan Imam 'Abd al-Qadir al-Baghdadi dalam buku al-Farq bayn al-Firaq sebagai berikut:2
"Satu hal yang cukup jelas bagi saya, bahwa ulama al-Jarh wat-ta'dil menolak riwayat pembid'ah apabila (hadits) yang diriwayatkan itu sesuai dengan ajaran bid'ahnya. Para ulama juga menolak riwayat orang yang membolehkan dusta, misalnya untuk membuat hadits palsu sesuka hati. Karena itu ulama al jarh wat-ta'dil menolak riwayat kaum Rafidhah. Tetapi, para ulama itu menerima riwayat sebagian orang Syi'ah yang dikenal jujur (shidq wa amanah)."
Ma'mal ibn Ihab mengaku mendengar Yazid ibn Harun berkata, "Aku mencatat (riwayat) dari pembid'ah walaupun ia mempromosikan bid'ahnya, kecuali riwayat kaum Rafidhah yang suka berdusta"3
Hammad ibn Salamah bercerita tentang seorang guru Rafidhah yang berkata: "Bila kami sedang berkumpul, dan melihat sesuatu yang kami pandang baik, maka langsung itu kami jadikan sebuah hadits."5
Menurut Abul Qasim ath-Thabari, Imam Syafi'i pernah berkata begini, "Aku tak pernah melihat orang yang paling suka memberikan kesaksian palsu, lebih daripada kaum Syiah Rafidhah."6Selain itu, banyak lagi pernyataan-pernyataan yang senada. Bagi yang ingin mengetahui lebih banyak, silahkan membaca buku Minhaj as-Sunnah dan al-Muntaqa,

Catatan Kaki:
1. Hadi as-Sari, mukaddimah Fathul Bari, juz 2, hal. 143.
2 .As-Sunnah wa Makanatuha fi at-Tasyri' al-Islami, hal. 93, 94.
3 .Minhaj as-Sunnah, juz 1, hal. 13.
4. Idem.
5. Idem.
6. Idem.

http://www.hujahsunnah.page.tl/Pendapat-Para-Ulama-tentang-Syiah-Rafidhah-.-.htm

Sunday, November 9, 2008

PERAYAAN 10 MUHARRAM SYIAH

Perayaan ini merupakan hari penyesalan pengikut Syiah di Kufah setelah mereka membunuh Sayyidina Husein di Kufah. Merekalah yang menjemput al-Husein ke Kufah kemudian menipu cucu Rasulullah lalu membunuhnya. Ini dijelaskan dengan nyata oleh penulis Syiah Muhsin al-Amin dalam kitabnya A'yan al-Syiah dan Mula Baqir al-Majlisi dalam kitabnya berbahasa Parsi ; Jila' al-Uyun. Kelompok yang telah membunuh al-Husein ini dikenal dalam sejarah sebagai golongan 'al-Tawwabun' (orang-orang yang menyesal). Syiah telah mempropaganda kononya khalifah Yazid bin Mua'wiyah sebagai pembunuh al-Husein dengan meriwayatkan hadis palsu dicipta oleh mereka.






DISEBALIK TRAGEDI MUHARRAM

DISEBALIK TRAGEDI MUHARRAM

Apabila tiba bulan muharram, umat Islam sering dihidangkan dengan kisah kekejaman salah seorang khalifah Islam yang terdiri dari kalangan khalifah Bani Umaiyah iaitu Khalifah Yazid bin Mu'awiyah r.a. dan turut dihidangkan sama kisah-kisah penderitaan anak cucu Nabi Muhammad s.a.w. terutamanya Sayyidina Husain r.a. yang kononnya menjadi mangsa kekejaman Yazid.

Namun begitu sejauhmanakah kebenaran kisah-kisah tersebut ataupun ianya tidak lebih dari cerita-cerita penglipurlara golongan yang memusuhi sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Peristiwa ini jugalah yang menyebabkan umat Islam dengan mudah menelan segala cerita khayalan dan fantasi mengenai kejahatan serta kebejatan khalifah Yazid yang diada-adakan oleh musuh-musuh Islam dengan maksud untuk memadamkan kegemilangan sejarah pemerintahan serta tamaddun Islam.

Kalau dilihat sejenak kepada kitab-kitab sejarah maka akan ditemui banyak percanggahan berkenaan peristiwa tersebut. Di dalam sesetengah kitab terdapat riwayat yang menunjukkan bahawa golongan yang bertanggungjawab membunuh Sayyidina Husain r.a. ialah tentera Yazid namun di dalam kitab yang sama tetapi di tempat yang lain pula disebutkan Syi'ah Iraqlah (Kufah) yang bertanggungjawab dalam peristiwa tersebut. Dan kalaulah diperhatikan kepada semua riwayat yang memuatkan cerita-cerita tersebut baik yang khusus berkenaan pembunuhan Sayyidina Husain r.a. di tangan Yazid serta kisah kejahatan dan amalan buruk Yazid ianya tidak lebih daripada rekaan golongan yang ditolak periwayatan mereka oleh ulama-ulama ilmu rijal (ilmu untuk menilai pewarta).

Antara cerita daripada perawi-perawi tersebut ialah apa yang dikemukakan oleh Imam Thabari dan Imam Ibnu Kathir daripada Abu Mikhnaf Lut bin Yahya (Tarikh Thabari jilid 3 hal.305-342 dan Al-Bidayah Wan Nihayah jilid 8 hal. 217),Al-Baladzuri daripada Al-Waqidi (Ansabul Ashraf jilid 4 hal. 21-30) begitu juga Ibnu Sa'ad (Tabaqat Ibnu Sa'ad) dan lain-lain lagi seperti Ibnu 'Asakir (Dalaailun Nubuwwah), Khalifah bin Khayyat (Tarikh Khalifah bin Khayyat), Al-Mas'udi (Murujuz Zahab), Al-Ya'kubi (Tarikh Ya'kubi). Kalau diperhatikan kepada semua riwayat berkenaan Khalifah Yazid ianya berpunca daripada mereka berdua serta Muhammad bin Zakaria Al-Ghallabi, Umar bin Syabbah dan Muhammad bin As-Saib Al-Kalbi bahkan boleh dikatakan 90 peratus peristiwa Karbala ini berpunca daripada Abu Mikhnaf.

Lalu jika diteliti siapakah mereka itu maka akan didapati mereka adalah golongan yang ditolak periwayatannya oleh ulamak-ulamak muktabar. Antaranya ialah Muhammad bin Umar yang lebih dikenali dengan gelaran Al-Waqidi. Ibnu Hajar menyebutkan dalam "Lisanul Mizan" dengan katanya, "Seorang yang ditinggalkan periwayatannya walaupun luas ilmunya"(jilid 3 hal. 288). Ibnu Ma'in berkata, "Seorang yang tidak ada nilainya"(Tarikh Ibnu Ma'in jilid 2 hal. 532). Abu Hatim, Nasaie berkata, "Riwayatnya ditolak" dan Imam Abu Zur'ah berkata, "Seorang yang lemah riwayatnya" (Al-Jarh Wat-Ta'dil juz 8 hal. 20 dan Adh-Dhu'afaa' lin Nasaie hal 557).

Berkenaan dengan Abu Mikhnaf pula Imam Zahabi menyebutkan dalam "Mizanul I'tidal" bahawa "Beliau seorang yang tidak boleh dipercayai", Abu Hatim dan lain-lain ulama jarh dan ta'dil telah meninggalkannya (tidak menerima riwayatnya). Daaraqutni berkata, "Dia seorang yang lemah". Ibnu Ma'in berkata, "Dia seorang yang tidak boleh dipercayai". Murrah berkata, "Dia seorang yang tidak bernilai", dan Ibnu 'Adiy berkata, "Dia adalah seorang Syi'ah, pereka cerita ".(Mizanul I'tidal juz 3 hal 419)

Begitulah juga keadaan perawi-perawi yang lain bagi peristiwa tersebut. Riwayat-riwayat mereka langsung tidak ada nilainya di sisi ulamak-ulamak ilmu rijal. Untuk mengetahui kedudukan mereka boleh dirujuk kitab-kitab rijal seperti Lisanul Mizan, Mizanul I'tidal, Al-jarh Wat-Ta'dil, Adh-Dhu'afaa Ibni 'Adiy, Adh-Dhu'afaa Lin Nasaie dan lain-lain lagi.

Di satu sudut lain pula di dalam kitab-kitab sejarah, catatannya adalah berlainan dari apa yang tersebar dalam masyarakat umat Islam umumnya. Antaranya apa yang dikemukakan oleh Ibnu Kathir bahawasanya bilamana Muhammad bin Ali Al-Hanafiah (anak Ali r.a.) diajak supaya memberontak terhadap Yazid maka beliau berkata, "Sesungguhnya saya telah datang menemuinya dan tinggal bersamanya beberapa lama maka saya dapati ia seorang yang kuat menjaga solat, suka kepada kebaikan, selalu bertanya tentang masalah feqah dan berpegang teguh kepada sunnah. (Al-Bidayah Wan Nihayah jilid 8 hal. 233).

Sejarawan Al-Baladhzuri telah mengemukakan satu riwayat bahawa Amir bin Mas'ud Al-Jumahi berkata,"Ketika saya berada di Makkah, datang seorang membawa berita tentang kematian Mu'awiyah r.a.. Kami pun bangun dan pergi menemui Ibnu Abbas r.a. yang ketika itu juga berada di Makkah, di samping beliau ada beberapa orang sedang duduk. Hamparan hidangan sudahpun dibuka tetapi makanan belum lagi dihidangkan pada ketika itu. Maka kamipun berkata kepadanya, "Hai Ibnu Abbas! Utusan datang membawa berita kematian Mu'awiyah. Mendengar berita itu beliau terdiam beberapa lama. Kemudian beliau pun berkata, "Ya Allah! Perluaskanlah rahmat untuk Mu'awiyah. Demi Allah, bukanlah dia sama seperti orang-orang sebelumnya dan tidaklah pula akan datang sesudahnya orang sepertinya. Sesungguhnya anaknya Yazid adalah salah seorang yang soleh dari ahli keluarganya. Oleh itu hendaklah kamu berada di tempat masing-masing dan serahkan ketaatan dan bai'ah kamu kepadanya". (Ansabul Ashraf jilid 2 hal 2).

Imam Ali Zainal Abidin walaupun pernah beberapa lama bersama dengan Yazid selepas kesyahidan ayahnya Husain r.a. serta keluarganya di Karbala namun tidak ada satupun riwayat daripada beliau yang menyebutkan bahawa Yazid ada melakukan perkara-perkara buruk seperti minum arak, meninggalkan solat bahkan beliau adalah orang yang memberikan taat setia kepada Yazid sehingga enggan untuk turut sama dalam pemberontakan terhadap Yazid selepas itu. (Mawaqiful Mu'aradhah hal.383)

Antara sahabat agung yang pernah bersama Yazid adalah Nu'man bin Basyir dan Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib r.a. Mereka berdua juga tidak pernah menyebutkan bahawa Yazid melakukan amalan-amalan maksiat tersebut sebagaimana yang disebarkan oleh orang-orang seperti Abu Mikhnaf.

Kitab-kitab sejarah juga menggambarkan kesetiaan sahabat-sahabat r.a. yang masih hidup kepada kepimpinan Yazid dan keengganan mereka untuk memberontak terhadap Yazid walaupun didorong supaya berbuat demikian bahkan lebih dari itu mereka memberi nasihat pula kepada golongan yang ingin memberontak termasuk kepada Husain r.a. sendiri. Antara mereka adalah Abu Sa'id Al Khudri, Jabir bin Abdullah, Ibnu Umar, Ibnu Abbas, Abu Waqid Al-Laithi r.a. dan lain-lain lagi.(lihat Al-Bidayah Wan Nihayah jilid 8 hal 176, Tarikh Thabari jilid 4 hal 254 dan 288).

Apabila kelihatan dua kenyataan sejarah berkenaan dengan Yazid yang saling bercanggah, bagaimanakah cara untuk mengkompromikannya? Bagi Ahlus Sunnah Wal Jamaah sepatutnya tidak melupakan catatan sejarah di dalam kitab paling sahih di sisi mereka selepas Al-Quran di mana Imam Bukhari mengemukakan satu riwayat daripada Ibnu Abi Nu'min bahawa dia berkata, "Aku mendengar Ibnu Umar r.a. ditanya oleh seseorang (penduduk Iraq) tentang seorang yang memakai ihram lalu dia membunuh lalat (apakah dendanya)? Lantas Ibnu Umar r.a. menjawab, penduduk Iraq bertanyakan tentang (denda) membunuh lalat? Sedangkan mereka telah membunuh anak lelaki kepada anak perempuan (cucu) Rasulullah s.a.w.". (Sahih Al-Bukhari, Kitabul Manaqib jilid 1 hal. 531).

Bukankah jelas di dalam riwayat ini Ibnu Umar r.a. mengisyaratkan bahawa pembunuh cucu Rasulullah s.a.w. itu adalah penduduk Kufah? Jadi mana-mana riwayat yang bertepatan dengan isyarat di dalam riwayat sahih ini maka ia menjadi penguat kepada riwayat tersebut dan sebaliknya mana-mana riwayat yang bertentangan dengan riwayat yang sahih maka ia tidak boleh diterima lagi.

Kerana itu ulama Ahlus Sunnah ada di antaranya dengan jelas mengatakan bahawa pembunuh Sayyidina Husain r.a. yang sebenarnya bukanlah Yazid. Antaranya Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulumiddin mengatakan, "Sesungguhnya tidak terbukti sama sekali bahawa Yazid yang membunuh Husain r.a. Kerana itu tidak harus untuk dikatakan bahawa beliaulah yang membunuh Husain r.a. ataupun yang memerintahkannya, apatah lagi untuk melaknatnya kerana tidak harus menisbahkan seseorang muslim kepada suatu dosa besar tanpa sebarang kepastian". (Ihya' Ulumiddin jilid 3 hal 134)

Ibnus Solah mengatakan, "Tidak sahih di sisi kita bahawa Yazid telah memerintahkan supaya Husain r.a. dibunuh". (Fatawa Wa Masaail Ibnus Solah jilid 1 hal 216).

Ibnu Hajar sendiri selepas mengemukakan hadis berkenaan tentera yang mula-mula merentasi lautan berkata, "Imam Muhallab berkata, Hadis ini menunjukkan kedudukan yang mulia untuk Mu'awiyah r.a. kerana dialah orang yang mula-mula berperang merentasi lautan dan juga kedudukan mulia anaknya Yazid kerana dialah orang yang mula-mula memerangi Bandar Qaisar". (Fathul Bari jilid 6 hal. 114)

Bahkan Imam Ibnu Kathir selepas mengemukakan riwayat-riwayat sejarah tersebut telah membuat komentar dengan katanya," Syi'ah Rafidhah telah melakukan banyak pembohongan dan membawa khabar-khabar yang tidak benar sama sekali di dalam cerita-cerita kesyahidan Husain r.a.. Kisah-kisah yang telah dikemukakan sudahpun memadai. Kalaulah tidak kerana imam-imam sejarah seperti Ibnu Jarir At-Thabari dan lain-lain menyebutkannya tentu sekali saya juga tidak akan mengemukakannya. Kebanyakannya adalah melalui riwayat Abu Mikhnaf Lut bin Yahya sedangkan dia adalah seorang Syi'ah dan dia adalah seorang yang lemah dalam periwayatan menurut tokoh-tokoh sejarah. (Al-Bidayah Wan Nihayah jilid 8 hal. 220)

Bagi golongan Syi'ah pula sepatutnya tidak lupa untuk mengkaji catatan ulama-ulama muktabar di dalam kitab-kitab utama pegangan mereka. Umpamanya di dalam Al-Ihtijaj 'Ala Ahlil Lajaj, Ahmad bin Ali bin Abi Talib At-Thabarsi menulis bahawa Imam Ali Zainal Abidin anak Sayyidina Husain r.a. yang ikut serta dalam rombongan Husain r.a. ke Kufah telah berkata kepada penduduk Kufah, "Wahai manusia (orang-orang Kufah)! Dengan Nama Allah aku bersumpah untuk bertanya kamu, ceritakanlah! Tidakkah kamu sedar bahawasanya kamu mengutuskan surat kepada ayahku (menjemputnya datang), kemudian kamu menipunya? Bukankah kamu telah memberikan perjanjian taat setia kamu kepadanya? Kemudian kamu membunuhnya, membiarkannya dihina. Celakalah kamu kerana amalan buruk yang telah kamu lakukan untuk dirimu".(Al-Ihtijaj juz 2 hal. 306)

Pada halaman sebelumnya At-Thabarsi mengemukakan kata-kata Fatimah As-Shughra anak perempuan Sayyidina Husain r.a. kepada penduduk Kufah, "Wahai Penduduk Kufah, wahai pembelot dan pengkhianat! Kami adalah Ahlul Bait yang Allah Ta'ala menguji kami dengan kamu dan menguji kamu dengan kami," seterusnya selepas memuji-muji kedudukan Ahlul Bait beliau berkata lagi, "Kamu telah membunuh kami dan merampas harta benda kami sebagaimana kamu telah membunuh datuk kami Ali r.a.. Pedang-pedang kamu sentiasa menitiskan darah-darah kami Ahlul Bait".(Al-Ihtijaj juz 2 hal 302).

Mulla Baqir Al-Majlisi yang diberikan gelaran Khatimatul Muhaddithin (penyudah kepada ahli-ahli hadis) di sisi Syi'ah menukilkan kata-kata Sayyidina Husain r.a. kepada Syi'ah Kufah yang telah bersiap untuk bertempur dengan beliau,"Wahai orang-orang Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana dilaknat maksud- maksud jahatmu. Wahai orang-orang yang curang, zalim dan pengkhianat! Kamu telah menjemput kami untuk membela kamu di waktu kesempitan tetapi bila kami datang untuk memimpin dan membela kamu dengan menaruh kepercayaan kepadamu maka sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada kami dan kamu membantu musuh-musuh dalam menentang kami".(Jilaau Al' Uyun,hal 391).

Di dalam kitab A'yanus Syi'ah pengarangnya Sayyid Muhsin Al-Amin mengatakan bahawa "seramai dua puluh ribu penduduk Iraq telah berbai'ah kepada Husain kemudian mereka mengkhianatinya lalu memberontak terhadapnya dalam keadaan bai'ah masih lagi berada di tengkuk-tengkuk mereka dan membunuhnya".(A'yanus Syi'ah jilid 1 hal 34).

Dan banyak lagi kitab-kitab Syi'ah menukilkan perkara yang sama seperti Al-Irsyad Syeikh Mufid hal. 234, I'lamul Wara hal. 242, Kasyful Ghummah jilid 2 hal 18 dan lain-lain lagi.

Berdasarkan kepada segala fakta yang dikemukakan di atas dapatlah disimpulkan bahawa segala cerita berkenaan kezaliman Yazid dan tenteranya tidak lebih daripada dongengan yang datangnya dari kilang-kilang Syi'ah terutamanya Abu Mikhnaf Lut bin Yahya. Kerana itulah tidak akan ditemui riwayat-riwayat tersebut di dalam mana-mana kitab bertaraf sahih di sisi Ahli Sunnah Wal Jamaah. Riwayat sahih yang ada sebagaimana yang telah dikemukakan sebelum ini begitu jelas bertentangan dengan apa yang terdapat di dalam kitab-kitab sejarah. Bahkan kalau dikaji apa yang terdapat di dalam kitab-kitab Syi'ah yang merupakan rujukan utama mereka seperti Al-Ihtijaj, Al-Irsyad dan lain-lain akan didapati perkara sebaliknya iaitu pembunuh Husain yang sebenar adalah penduduk Kufah yang terkenal sebagai golongan Syi'ah


Upacara 10 Muharram

Setiap tahun tanggal 10 Muharram penganut-penganut Syi'ah akan mengadakan upacara pengkabungan kononnya sebagai tanda memperingati kematian Imam Husain. Mereka akan mengadakan pelbagai upacara seperti menampar-nampar muka dan dada, menyiksa diri dengan melukakan tubuh serta kepala dengan pisau-pisau kecil bahkan ada yang menggunakan pedang sehingga tubuh dibasahi darah. Di samping itu seorang dari kalangan mereka yang di gelari dengan nama "Zakir Husain" akan mengumandangkan syair-syair ratapan menceritakan penderitaan Ahlul Bait Rasulullah s.a.w. dan kezaliman yang dilakukan terhadap mereka diselangi dengan caci maki terhadap Bani Umayyah dan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. yang dianggap mereka sebagai perampas hak Ahlul Bait.

Namun begitu apakah amalan tersebut merupakan ajaran Imam-imam yang dianggap maksum oleh mereka? Jawapannya akan ditemui setelah ditinjau dari perspektif ajaran Ahlus Sunnah dan Syi'ah.

Ahlus Sunnah sepakat bahawa amalan tersebut merupakan amalan jahiliyyah dan diharamkan berdasarkan kepada hadis daripada Rasulullah s.a.w. Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan hadis daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda, "Bukan dari kalangan kami orang yang memukul-mukul pipi, mengoyak-ngoyak kolar baju dan menyeru dengan seruan jahiliyyah."(Sahih Bukhari Kitabul Janaaiz dan Muslim Kitabul Iman). Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Malik Al-Asy'ari bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda." Meratap adalah termasuk dari amalan jahiliyyah, orang yang meratap bilamana dia meninggal dunia dalam keadaan tidak sempat bertaubat, Allah akan memakaikan kepadanya pakaian dari minyak tar (yang panas) dan baju dari nyalaan api neraka".(Sunan Ibnu Majah bab larangan dari meratap).

Dua hadis yang tersebut di atas membuktikan bahawa amalan tersebut dilarang oleh Rasulullah s.a.w. dengan disertai janji azab di hari kiamat kelak bagi orang yang melakukannya. Kerana itu tidak ada ulama dari kalangan Ahlus Sunnah yang mengharuskannya apa lagi untuk melakukannya serta menjadikannya sebagai satu syiar.

Akan tetapi ada di kalangan ulama Syi'ah mengharuskan amalan tersebut. Di antara mereka Ayatullah Al-Uzma Jawad At-Tibrizi mengatakan, "Syi'ah pada zaman Imam-imam a.s. hidup dalam keadaan taqiyyah (menyembunyikan pegangan mereka serta menyatakan tidak sebagaimana yang dianuti). Oleh itu tidak terdapatnya syiar-syiar sebegini pada zaman mereka bukan menunjukkan amalan tersebut tidak di syariatkan untuk zaman ini. Andaikata Syi'ah pada zaman mereka hidup di zaman ini sudah tentu mereka akan melakukan sebagaimana yang kita lakukan ini seperti menaikkan bendera-bendera hitam dalam menghidupkan upacara mengingati Imam Husain begitu juga di rumah-rumah untuk menyatakan kesedihan".(Lampiran Siratun Najah Imam Khu’ie jilid 2 hal 562 soalan 1741).

Daripada fatwa yang dinyatakan oleh At-Tibrizi tersebut timbul satu persoalan, "Bukankah Imam Maksum menyuruh supaya kamu menyembunyikan agama kamu kerana ianya membawa kepada kemulian sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Kulaini di dalam kitab paling sahih di sisi Syi'ah iaitu Al-Kafi daripada Imam Jaa'far As-Sadiq a.s. bahawa ia berkata kepada Sulaiman bin Khalid, "Sesungguhnya kamu berada di atas agama yang mana sesiapa yang menyembunyikannya akan dimuliakan oleh Allah dan sesiapa yang menzahirkannya akan dihina oleh Allah. (Al-Kafi jilid 2 hal 223)

Berdasarkan kepada dua hadis melalui riwayat Ahlus Sunnah dan fatwa daripada At-Tibrizi di atas, berlaku pertembungan antara Ahlus Sunnah dan Syi'ah dalam persoalan berkaitan ratapan dan perkabungan ini. Bagaimana pula pendapat Imam-imam Ahlul Bait? Apakah ianya bertepatan dengan apa yang diamalkan oleh penganut Syi'ah sekarang atau sebaliknya? Untuk mengetahui pegangan mereka perlulah dilakukan kajian berdasarkan kitab-kitab muktabar Syi'ah sendiri.

Di dalam Nahjul Balaghah, Syarif Radhi mengemukakan kata-kata Sayyidina Ali r.a. yang bermaksud,"Sesiapa yang memukul tangannya ke atas pahanya ketika ditimpa musibah maka binasalah amalannya".(Nahjul Balaghah juz 4 hal. 34). Al-Kulaini juga mengemukakan kata-kata yang sama daripada Imam Jaa'far As-Sadiq.(Al-Kafi jilid 3 hal 225). Sayyidina Ali r.a. juga menghubungkan amalan tersebut dengan amalan jahiliyyah sebagaimana yang dinukilkan oleh Mulla Baqir Al-Majlisi dengan katanya,"Tiga perkara termasuk dari amalan jahiliyyah di mana manusia melakukannya secara berterusan, memohon hujan dengan bintang, mencela keturunan orang lain dan meratapi kematian seseorang."(Biharul Anwar jilid 82 hal 101). Ibnu Babuwaih Al-Qummi yang digelarkan dengan As-Saduq (seorang yang sangat benar) menyebutkan bahawa antara ucapan Rasulullah s.a.w. ialah "Meratap termasuk dari amalan Jahiliyyah".(Man Laa Yahdhurul Faqih jilid 4 hal 271). Di tempat yang lain beliau menukilkan kata-kata Imam Ali yang bermaksud,"Jangan memakai pakaian hitam kerana ia adalah pakaian Fir'aun". (ibid hal 51)

Apa yang dikemukakan diatas merupakan sebahagian riwayat daripada Imam-imam Ahlul Bait yang jelas mengeluarkan amalan tersebut daripada ajaran Islam. Bahkan jika dinilai amalan tersebut ianya langsung tidak bersesuaian dengan agama Islam yang suci dan fitrah manusia. Fitrah yang suci sudah pasti tidak akan dapat menerima sesuatu amalan yang mendatangkan siksaan serta kesakitan kepada tubuh badan sebagai satu ajaran agama yang suci.

Kalau begitu apakah maksud sebenar penganut Syi'ah mengadakan upacara-upacara tersebut? Amalan tersebut jika diteliti dari pelbagai sudut sekalipun tidak mendatangkan sebarang kebaikan bahkan mendatangkan keburukan dan kesakitan pula di samping membuang masa serta berlakunya pembaziran. Apakah dengan upacara tersebut penganut Syi'ah akan dapat mengheret pembunuh Sayyidina Husain serta dapat menghalang Imam mereka daripada dibunuh? Sayyidina Husain r.a. sudahpun mendapat kemulian syahid dan sudah pasti ia berada di Syurga sebagaimana sabda Nabi s.a.w. bahawa dia adalah salah seorang penghulu pemuda syurga. Begitu juga yang pasti pembunuhnya sudahpun mendapat pembalasan dari Allah Ta'ala di samping menunggu balasan yang lebih dahsyat lagi andaikata tidak sempat bertaubat sebelum kematiannya.

Di samping itu apakah maksud mereka mengungkapkan caci maki terhadap Bani Umayyah di dalam upacara tersebut? Bukankah Allah Ta'ala memerintahkan supaya mendoakan keampunan kepada orang-orang yang meninggal dunia dalam keadaan beriman. Andaikata penganut Syi'ah mengatakan maksud mereka adalah untuk mengenang perjuangan yang dilakukan umat terdahulu serta membangkitkan semangat penentangan terhadap golongan yang melakukan kezaliman terhadap umat Islam terutamanya Ahlul Bait, kenapa tidak dilakukan ratapan terhadap kesyahidan abangnya Hasan atau ayahnya Ali r.a?. Sedangkan Sayyidina Ali syahid di tangan golongan yang di terima sebagai sesat oleh Ahlus Sunnah dan Syi'ah. Apakah kesyahidan Husain r.a. adalah lebih besar lagi daripada ayahnya?. Ataupun mengapa tidak dilakukan perkabungan ke atas Hamzah r.a. bapa saudara Nabi s.a.w. yang syahid di tangan musuh Islam dalam peperangan bersama Rasulullah s.a.w.? Atau mengapa tidak perkabungan di atas kematian Rasulullah s.a.w. sendiri?

Jawapannya adalah dengan meneliti amalan yang dilakukan dalam upacara perkabungan tersebut. Antaranya menggembar-gemburkan kezaliman serta kekejaman yang dilakukan Yazid dan tenteranya terhadap Sayyidina Husain r.a. dan keluarganya dalam keadaan dunia sudahpun mengakui bahawa Yazid adalah seorang pemimpin bagi Umat Islam dari kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Kalaulah tujuan dibangkitkan dan dikemukakan sejarah kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh Yahudi baik dahulu dan kini adalah dengan maksud untuk membangkitkan kebencian terhadap mereka di samping keinginan untuk membalas dendam terhadap mereka, maka tidak salah untuk mengatakan maksud mengadakan upacara perkabungan terhadap Sayyidina Husain r.a. dengan mengulangi sebutan kezaliman Yazid dan Bani Umayyah adalah dengan tujuan serta maksud yang sama terhadap golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


SYIAH KUFAH PEMBUNUH AL-HUSEIN R.A

Saringan oleh www.darulkautsar.com dari artikel asal oleh Maulana Muhammad Asri Yusoff





Seorang tokoh Islam yang terkenal di Pakistan, Maulana Ali Ahmad Abbasi menulis di dalam bukunya "Hazrat Mu'aawiah Ki Siasi Zindagi" bahawa di dalam sejarah Islam, ada dua orang yang sungguh kontroversial. Seorang daripadanya Amirul Mukminin Yazid yang makin lama makin dimusnahkan imejnya walaupun semasa hayatnya beliau diterima baik oleh tokoh-tokoh utama di zaman itu. Seorang lagi ialah Mansor Al Hallaj. Di zamannya dia telah dihukum sebagai mulhid, zindiq dan salah seorang daripada golongan qaramithah oleh masyarakat Islam yang membawanya disalib. Amirul Mukminin Al Muqtadir billah telah menghukumkan beliau murtad berdasarkan fatwa sekalian ulama dan fuqaha' yang hidup pada waktu itu, tetapi imejnya semakin cerah tahun demi tahun sehingga akhirnya telah dianggap sebagai salah seorang ' aulia illah'.



Bagaimanapun semua ini adalah permainan khayalan dan fantasi manusia yang jauh daripada berpijak di bumi yang nyata. Semua ini adalah akibat daripada tidak menghargai dan memberikan penilaian yang sewajarnya kepada pendapat orang-orang pada zaman mereka masing-masing.



Pendapat tokoh-tokoh dari kalangan sabahat dan tabi'in yang sezaman dengan Yazid berdasarkan riwayat-riwayat yang muktabar dan sangat kuat kedudukannya menjelaskan kepada kita bahawa Yazid adalah seorang anak muda yang bertaqwa, alim, budiman, saleh dan pemimpin ummah yang sah dan disepakati kepemimpinannya. Baladzuri umpamanya dalam "Ansabu Al Asyraf" mengatakan bahawa, " Bila Yazid dilantik menjadi khalifah maka Abdullah bin Abbas, seorang tokoh dari Ahlul Bait berkata : " Sesungguhnya anaknya Yazid adalah daripada keluarga yang saleh. Oleh itu tetaplah kamu berada di tempat-tempat duduk kamu dan berilah ketaatan dan bai'ah kamu kepadanya" (Ansabu Al Asyraf, jilid 4, m.s. 4).



Sejarawan Baladzuri adalah di antara ahli sejarah yang setia kepada para Khulafa' Abbasiah. Beliau telah mengemukakan kata-kata Ibnu Abbas ini di hadapan mereka dan menyebutkan pula sebelum nama Yazid ' Amirul Mukminin'.



Abdullah Ibn Umar yang dianggap sebagai orang tua di kalangan sahabat pada masa itu pula bersikap tegas terhadap orang-orang yang menyokong pemberontakan yang dipimpin oleh Ibn Zubair terhadap kerajaan Yazid dan sikap yang begini disebut di dalam Sahih Bukhari bahawa, bila penduduk Madinah membatalkan bai'ah mereka terhadap Yazid bin Muawiyah maka Ibn Umar mengumpulkan anak pinak dan sanak saudaranya lalu berkata, " Saya pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, " Akan dipacakkan bendera untuk setiap orang yang curang (membatalkan bai'ahnya) pada hari kiamat. Sesungguhnya kita telah berbai'ah kepadanya dengan nama Allah dan RasulNya. Sesungguhnya saya tidak mengetahui kecurangan yang lebih besar daripada kita berbai'ah kepada seseorang dengan nama Allah dan RasulNya, kemudian kita bangkit pula memeranginya. Kalau saya tahu ada sesiapa daripada kamu membatalkan bai'ah kepadanya dan turut serta di dalam pemberontakan ini, maka terputuslah perhubungan di antaraku dengannya". (Sahih Bukhari -Kitabu Al Fitan)



Sebenarnya jika dikaji sejarah permulaan Islam kita dapati pembunuhan Sayyidina Husain di zaman pemerintahan Yazidlah yang merupakan fakta terpenting mendorong segala fitnah dan keaiban yang dikaitkan dengan Yazid tidak mudah ditolak oleh generasi kemudian. Hakikat inilah yang mendorong lebih banyak cerita-cerita palsu tentang Yazid diada-adakan oleh musuh-musuh Islam. Tentu sekali orang yang membunuh menantu Rasulullah s.a.w yang tersayang-dibelai oleh Rasulullah dengan penuh kasih sayang semasa hayatnya kemudian ditatang pula dengan menyebutkan kelebihan dan keutamaan-keutamaannya di dalam hadis-hadits Baginda- tidak akan dipandang sebagai seorang yang berperi kemanusiaan apalagi untuk mengatakannya seorang soleh, budiman, bertaqwa dan pemimpin umat Islam.



Kerana itulah cerita-cerita seperti Yazid sering kali minum arak, seorang yang suka berfoya-foya, suka mendengar muzik dan menghabiskan waktu dengan penari-penari, begitu juga beliau adalah orang terlalu rendah jiwanya sehingga suka bermain dengan monyet dan kera, terlalu mudah diterima oleh umat Islam kemudian.



Tetapi soalnya, benarkah Yazid membunuh Sayyidina Husain? Atau benarkah Yazid memerintahkan supaya Sayyidina Husain dibunuh di Karbala?



Selagi tidak dapat ditentukan siapakah pembunuh Sayyidina Husain yang sebenarnya dan terus diucapkan ' Yazidlah pembunuhnya' tanpa soal selidik yang mendalam dan teliti, maka selama itulah nama Yazid akan terus tercemar dan dia akan dipandang sebagai manusia yang paling malang. Tetapi bagaimana jika yang membunuh Sayyidina Husain itu bukan Yazid ? Kemanakah pula akan kita bawakan segala tuduhan-tuduhan liar, fitnah dan caci maki yang selama ini telah kita sandarkan pada Yazid itu ?



Jika kita seorang yang cintakan keadilan, berlapang dada, sudah tentu kita akan berusaha untuk membincangkan segala keburukan yang dihubungkan kepada Yazid selama ini dan kita pindahkannya ke halaman rumah pembunuh- pembunuh Sayyidina Husain yang sebenar. Apalagi jika kita seorang Ahlus Sunnah Wal Jamaah, sudah tentu dengan dengan adanya bukti-bukti yang kuat dan kukuh daripada sumber-sumber rujukan muktabar dan berdasarkan prinsip-prinsip aqidah yang diterima di kalangan Ahlus Sunnah, kita akan terdorong untuk membersihkan Yazid daripada segala tuduhan dan meletakkannya ditempat yang istimewa dan selayak dengannya di dalam rentetan sejarah awal Islam.



Sekarang marilah kita pergi ke tengah-tengah medan penyelidikan tentang pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala bersama-sama dengan sekian ramai ahli keluarganya.





PEMBUNUH SAYYIDINA HUSAIN ADALAH SYIAH KUFAH

Terlebih dahulu kita akan menyatakan dakwaan kita secara terus terang dan terbuka bahawa pembunuh Sayyidina Husain yang sebenarnya bukanlah Yazid tetapi adalah golongan Syiah Kufah.

Dakwaan ini berdasarkan beberapa fakta dan bukti-bukti daripada sumber-sumber rujukan sejarah yang muktabar. Kita akan membahagi-bahagikan bukti-bukti yang akan dikemukakan nanti kepada dua bahagian :

(1) Bukti-bukti utama
(2) Bukti-bukti sokongan


I. BUKTI-BUKTI UTAMA

Dengan adanya bukti-bukti utama ini, tiada mahkamah yang dibangunkan untuk mencari kebenaran dan mendapatkan keadilan akan memutuskan Yazid sebagai pesalah dan sebagai penjenayah yang bertanggungjawab di dalam pembunuhan Sayyidina Husain. Bahkan Yazid akan dilepaskan dengan penuh penghormatan dan akan terbongkarlah rahsia yang selama ini menutupi pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain yang sebenarnya di Karbala.

Bukti pertamanya ialah pengakuan Syiah Kufah sendiri bahawa merekalah yang membunuh Sayyidina Husain. Golongan Syiah Kufah yang mengaku telah membunuh Sayyidina Husain itu kemudian muncul sebagai golongan "At Tawwaabun" yang kononnya menyesali tindakan mereka membunuh Sayyidina Husain. Sebagai cara bertaubat, mereka telah berbunuh-bunuhan sesama mereka seperti yang pernah dilakukan oleh orang-orang Yahudi sebagai pernyataan taubatnya kepada Allah kerana kesalahan mereka menyembah anak lembu sepeninggalan Nabi Musa ke Thur Sina.

Air mata darah yang dicurahkan oleh golongan "At Tawaabun" itu masih kelihatan dengan jelas pada lembaran sejarah dan tetap tidak hilang walaupun cuba dihapuskan oleh mereka dengan beribu-ribu cara.

Pengakuan Syiah pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain ini diabadikan oleh ulama-ulama Syiah yang merupakan tunggak dalam agama mereka seperti Baaqir Majlisi, Nurullah Syustri dan lain-lain di dalam buku mereka masing-masing. Baaqir Majlisi menulis :

"Sekumpulan orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara ghaib. Maka berkatalah mereka, " Demi Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini tak pernah dilakukan oleh orang lain. Kita telah membunuh "Ketua Pemuda Ahli Syurga" kerana Ibn Ziad anak haram itu. Di sini mereka mengadakan janji setia di antara sesama mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak berguna apa-apa". (Jilaau Al'Uyun, m.s. 430)

Qadhi Nurullah Syustri pula menulis di dalam bukunya Majalisu Al'Mu'minin bahawa selepas sekian lama (lebih kurang 4 atau 5 tahun) Sayyidina Husain terbunuh, ketua orang-orang Syiah mengumpulkan orang-orang Syiah dan berkata, " Kita telah memanggil Sayyidina Husain dengan memberikan janji akan taat setia kepadanya, kemudian kita berlaku curang dengan membunuhnya. Kesalahan kita sebesar ini tidak akan diampunkan kecuali kita berbunuh-bunuhan sesama kita ". Dengan itu berkumpullah sekian ramai orang-orang Syiah di tepi Sungai Furat sambil mereka membaca ayat yang bermaksud, " Maka bertaubatlah kepada Tuhan yang telah menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu ". (Al Baqarah :54). Kemudian mereka berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Inilah golongan yang dikenali dalam sejarah Islam dengan gelaran "At Tawaabun".

Sejarah tidak melupai dan tidak akan melupai peranan Syits bin Rab'ie di dalam pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala. Tahukah anda siapa itu Syits bin Rab'ie? Dia adalah seorang Syiah pekat, pernah menjadi duta kepada Sayyidina Ali di dalam peperangan Siffin, sentiasa bersama Sayyidina Husain. Dialah juga yang menjemput Sayyidina Husain ke Kufah untuk mencetuskan pemberontakan terhadap kerajaan pimpinan Yazid, tetapi apakah yang telah dilakukan olehnya?

Sejarah memaparkan bahawa dialah yang mengepalai 4,000 orang bala tentera untuk menentang Sayyidina Husain dan dialah orang yang mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Sayyidina Husain. (Jilaau Al'Uyun dan Khulashatu Al Mashaaib, m.s. 37)

Adakah masih ada orang yang ragu-ragu tentang Syiahnya Syits bin Rab'ie dan tidakkah orang yang menceritakan perkara ini ialah Mulla Baaqir Majlisi, seorang tokoh Syiah terkenal ? Secara tidak langsung ia bermakna pengakuan daripada pihak Syiah sendiri tentang pembunuhan itu.

Lihatlah pula kepada Qais bin Asy'ats ipar Sayyidina Husain yang tidak diragui tentang Syiahnya tetapi apa kata sejarah tentangnya? Bukankah sejarah mendedahkan kepada kita bahawa itulah orang yang merampas selimut Sayyidina Husain dari tubuhnya selepas selesai pertempuran ? (Khulashatu Al Mashaaib, m.s. 192)

Selain daripada pengakuan mereka sendiri yang membuktikan merekalah sebenarnya pembunuh- pembunuh Sayyidina Husain, kenyataan saksi-saksi yang turut serta di dalam rombongan Sayyidina Husain sebagai saksi-saksi hidup di Karbala yang terus hidup selepas peristiwa ini juga membenarkan dakwaan ini termasuk kenyataan Sayyidina Husain sendiri yang sempat dirakamkan oleh sejarah sebelum beliau terbunuh. Sayyidina Husain berkata dengan menujukan kata-katanya kepada orang- orang Syiah Kufah yang siap sedia bertempur dengan beliau :

" Wahai orang-orang Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana dilaknat maksud- maksud jahatmu. Wahai orang-orang yang curang, zalim dan pengkhianat! Kamu telah menjemput kami untuk membela kamu di waktu kesempitan tetapi bila kami datang untuk memimpin dan membela kamu dengan menaruh kepercayaan kepadamu maka sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada kami dan kamu membantu musuh-mush di dalam menentang kami ". (Jilaau Al' Uyun, ms 391).

Beliau juga berkata kepada Syiah :

" Binasalah kamu! Bagaimana boleh kamu menghunuskan perang dendammu dari sarung-sarungnya tanpa sebarang permusuhan dan perselisihan yang ada di antara kamu dengan kami ? Kenapakah kamu siap sedia untuk membunuh Ahlul Bait tanpa sebarang sebab? " (Ibid).

Akhirnya beliau mendoakan keburukan untuk golongan Syiah yang sedang berhadapan untuk bertempur dengan beliau :

" Ya Allah! Tahanlah keberkatan bumi dari mereka dan selerakkanlah mereka. Jadikanlah hati-hati pemerintah terus membenci mereka kerana mereka menjemput kami dengan maksud membela kami tetapi sekarang mereka menghunuskan pedang dendam terhadap kami ". (Ibid)

Beliau juga dirakamkan telah mendoakan keburukan untuk mereka dengan kata-katanya: "Binasalah kamu! Tuhan akan membalas bagi pihakku di dunia dan di akhirat……..Kamu akan menghukum diri kamu sendiri dengan memukul pedang-pedang di atas tubuhmu dan mukamu akan menumpahkan darah kamu sendiri. Kamu tidak akan mendapat keberuntungan di dunia dan kamu tidak akan sampai kepada hajatmu. Apabila mati nanti sudah tersedia azab Tuhan untukmu di akhirat. Kamu akan menerima azab yang akan diterima oleh orang-orang kafir yang paling dahsyat kekufurannya". (Mulla Baqir Majlisi-Jilaau Al'Uyun, m.s. 409).

Daripada kata-kata Sayyidina Husain yang dipaparkan oleh sejarawan Syiah sendiri, Mulla Baqir Majlisi, dapat disimpulkan bahawa :

(i) Diayah yang disebarkan oleh musuh-musuh Islam menerusi penulisan sejarah bahawa pembunuhan Ahlul Bait di Karbala merupakan balas dendam dari Bani Umayyah terhadap Ahlul Bait yang telah membunuh pemimpin-pemimpin Bani Umayyah yang kafir di dalam peperangan Badar, Uhud, Siffin dan lain-lain tidak lebih daripada propaganda kosong semata-mata kerana pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain dan Ahlul Bait di Karbala bukannya datang dari Syam, bukan juga dari kalangan Bani Umayyah tetapi dari kalangan Syiah Kufah.

(ii) Keadaan Syiah yang sentiasa diburu dan dihukum oleh kerajaan-kerajaan Islam di sepanjang sejarah membuktikan termakbulnya doa Sayyidina Husain di medan Karbala ke atas Syiah.

(iii) Upacara menyeksa tubuh badan dengan memukul tubuhnya dengan rantai, pisau dan pedang pada 10 Muharram dalam bentuk perkabungan yang dilakukan oleh golongan Syiah itu sehingga mengalir darah juga merupakan bukti diterimanya doa Sayyidina Husain dan upacara ini dengan jelas dapat dilihat hingga sekarang di dalam masyarakat Syiah.

Adapun di kalangan Ahlus Sunnah tidak pernah wujud upacara yang seperti ini dan dengan itu jelas menunjukkan bahawa merekalah golongan yang bertanggungjawab membunuh Sayyidina Husain.

(iv) Betapa kejam dan kerasnya hati golongan ini dapat dilihat pada tindakan mereka menyembelih dan membunuh Sayyidina Husain bersama dengan sekian ramai ahli keluarganya walaupun setelah mendengar ucapan dan doa keburukan untuk mereka yang dipinta oleh beliau. Itulah dia golongan yang buta mata hatinya dan telah hilang kewarasan pemikirannya kerana sebaik saja mereka selesai membunuh, mereka melepaskan kuda Zuljanah yang ditunggangi Sayyidina Husain sambil memukul-mukul tubuh untuk menyatakan penyesalan. Dan inilah dia upacara perkabungan pertama terhadap kematian Sayyidina Husain yang pernah dilakukan di atas muka bumi ini sejauh pengetahuan sejarah. Dan hari ini tidakkah anak cucu golongan ini meneruskan upacara perkabungan ini setiap kali tibanya 10 Muharram ?

Ali Zainal Abidin anak Sayyidina Husain yang turut serta di dalam rombongan ke Kufah dan terus hidup selepas berlakunya peristiwa itu pula berkata kepada orang-orang Kufah lelaki dan perempuan yang merentap dengan mengoyak-ngoyakkan baju mereka sambil menangis, dalam keadaan sakit beliau dengan suara yang lemah berkata kepada mereka, " Mereka ini menangisi kami. Tidakkah tidak ada orang lain yang membunuh kami selain mereka ?" (At Thabarsi-Al Ihtijaj, m.s. 156).

Pada halaman berikutnya Thabarsi menukilkan kata-kata Imam Ali Zainal Abidin kepada orang-orang Kufah. Kata beliau, " Wahai manusia (orang-orang Kufah)! Dengan Nama Allah aku bersumpah untuk bertanya kamu, ceritakanlah! Tidakkah kamu sedar bahawasa kamu mengutuskan surat kepada ayahku (menjemputnya datang), kemudian kamu menipunya? Bukankah kamu telah memberikan perjanjian taat setia kamu kepadanya? Kemudian kamu membunuhnya, membiarkannya dihina. Celakalah kamu kerana amalan buruk yang telah kamu dahulukan untuk dirimu".

Sayyidatina Zainab, saudara perempuan Sayyidina Husain yang terus hidup selepas peristiwa itu juga mendoakan keburukan untuk golongan Syiah Kufah. Katanya, " Wahai orang-orang Kufah yang khianat, penipu! Kenapa kamu menangisi kami sedangkan air mata kami belum lagi kering kerana kezalimanmu itu. Keluhan kami belum lagi terputus oleh kekejamanmu. Keadaan kamu tidak ubah seperti perempuan yang memintal benang kemudian dirombaknya kembali. Kamu juga telah merombak ikatan iman dan telah berbalik kepada kekufuran...Adakah kamu meratapi kami padahal kamu sendirilah yang membunuh kami. Sekarang kamu pula menangisi kami. Demi Allah! Kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa. Kamu telah membeli keaiban dan kehinaan untuk kamu. Tompokan kehinaan ini sama sekali tidak akan hilang walau dibasuh dengan air apapun". (Jilaau Al ' Uyun, ms 424).

Doa anak Sayyidatina Fatimah ini tetap menjadi kenyataan dan berlaku di kalangan Syiah hingga ke hari ini.

Ummu Kulthum anak Sayyidatina Fatimah pula berkata sambil menangis di atas segedupnya, " Wahai orang-oang Kufah! Buruklah hendaknya keadaanmu. Buruklah hendaklah rupamu. Kenapa kamu menjemput saudaraku Husain kemudian tidak membantunya bahkan membunuhnya, merampas harta bendanya dan menawan orang-orang perempuan dari ahli rumahnya. Laknat Allah ke atas kamu dan semoga kutukan Allah mengenai mukamu".

Beliau juga berkata, " Wahai orang-orang Kufah! Orang-orang lelaki dari kalangan kamu membunuh kami sementara orang-orang perempuan pula menangisi kami. Tuhan akan memutuskan di antara kami dan kamu di hari kiamat nanti". (Ibid, ms 426-428)

Sementara Fatimah anak perempuan Sayyidina Husain pula berkata, " Kamu telah membunuh kami dan merampas harta benda kami kemudian telah membunuh datukku Ali (Sayyidina Ali). Sentiasa darah-darah kami menitis dari hujung-hujung pedangmu……Tak lama lagi kamu akan menerima balasannya. Binasalah kamu! Tunggulah nanti azab dan kutukan Allah akan berterusan menghujani kamu. Siksaan dari langit akan memusnahkan kamu akibat perbuatan terkutukmu. Kamu akan memukul tubuhmu dengan pedang-pedang di dunia ini dan di akhirat nanti kamu akan terkepung dengan azab yang pedih ".

Apa yang dikatakan oleh Sayyidatina Fatimah bt. Husain ini dapat dilihat dengan mata kepala kita sendiri di mana-mana Syiah berada.

Dua bukti utama yang telah kita kemukakan tadi, sebenarnya sudah mencukupi untuk kita memutuskan siapakah sebenarnya pembunuh Sayyidina Husain di Karbala. Daripada keterangan dalam kedua-dua bukti yang lalu dapat kita simpulkan beberapa perkara :

1. Orang-orang yang menjemput Sayyidina Husain ke Kufah untuk memberontak adalah Syiah.

2. Orang-orang yang tampil untuk bertempur dengan rombongan Sayyidina Husain di Karbala itu juga Syiah.

3. Sayyidina Husain dan orang-orang yang ikut serta di dalam rombongannya terdiri daripada saudara- saudara perempuannya dan anak-anaknya menyaksikan bahwa Syiahlah yang telah membunuh mereka.

4. Golongan Syiah Kufah sendiri mengakui merekalah yang membunuh di samping menyatakan penyesalan mereka dengan meratap dan berkabung kerana kematian orang-orang yang dibunuh oleh mereka.

Mahkamah di dunia ini menerima keempat-empat perkara yang tersebut tadi sebagai bukti yang kukuh dan jelas menunjukkan siapakah pembunuh sebenar di dalam sesuatu kes pembunuhan, iaitu bila pembunuh dan yang terbunuh berada di suatu tempat, ada orang menyaksikan ketika mana pembunuhan itu dilakukan. Orang yang terbunuh sendiri menyaksikan tentang pembunuhnya dan kemuncaknya ialah pengakuan pembunuh itu sendiri. Jika keempat-empat perkara ini sudah terbukti dengan jelas dan diterima oleh semua mahkamah sebagai kes pembunuhan yang cukup bukti-buktinya, maka bagaimana mungkin diragui lagi tentang pembunuh- pembunuh Sayyidina Husain itu ?


II. BUKTI-BUKTI SOKONGAN

Walaubagaimanapun kita akan mengemukakan lagi beberapa bukti sokongan supaya lebih menyakinkan kita tentang golongan Syiah itulah sebenarnya pembunuh Sayyidina Husain. Di antaranya ialah :

1. Tidak sukar untuk kita terima mereka sebagai pembunuh Sayyidina Husain apabila kita melihat kepada sikap mereka yang biadap terhadap Sayyidina Ali dan Sayyidina Hasan sebelum itu. Begitu juga sikap mereka yang biadap terhadap orang-orang yang dianggap oleh mereka sebagai Imam selepas Sayyidina Husain. Bahkan terdapat banyak pula bukti yang menunjukkan merekalah yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan beberapa orang Imam walaupun mereka menuduh orang lain sebagai pembunuh Imam- imam itu dengan menyebar luaskan propaganda- propaganda mereka terhadap tertuduh itu.

Di antara kebiadapan mereka terhadap Sayyidina Ali ialah mereka menuduh Sayyidina Ali berdusta dan mereka pernah mengancam untuk membunuh Sayyidina Ali. Bahkan Ibnu Muljim yang kemudiannya membunuh Sayyidina Ali itu juga mendapat latihan serta didikan untuk menentang Sayyidina Utsman di Mesir dan berpura-pura mengasihi Sayyidina Ali. Dia pernah berkhidmat sebagai pengawal Sayyidina Ali selama beberapa tahun di Madinah dan Kufah.

Di dalam Jilaau Al' Uyun disebutkan bahawa Abdul Rahman Ibn Muljim adalah salah seorang daripada kumpulan yang terhormat yang telah dikirimkan oleh Muhammad bin Abu Bakr dari Mesir. Dia juga telah berbai'ah dengan memegang tangan Sayyidina Ali dan dia juga berkata kepada Sayyidina Hasan, " Bahawa aku telah berjanji dengan Tuhan untuk membunuh bapamu dan sekarang aku menunaikannya. Sekarang wahai Hasan jika engkau mahu membunuhku, bunuhlah. Tetapi kalau engkau maafkan aku, aku akan pergi membunuh Muawiyah pula supaya engkau terselamat daripada kejahatannya". (Jilaau Al U'yun, ms 218)

Tetapi setelah golongan Syiah pada ketika itu merasakan perancangan mereka semua akan gagal apabila perjanjian damai di antara pihak Sayyidina Ali dan Muawiyah dipersetujui, maka golongan Syiah yang merupakan musuh-mush Islam yang menyamar atas nama Islam itu memikirkan diri mereka tidak selamat apabila perdamaian antara Sayyidina Ali dan Muawiyah berlaku. Maka segolongan dari mereka telah mengasingkan diri daripada mengikuti Sayyidina Ali dan mereka menjadi golongan Khawarij sementara segolongan lagi tetap berada bersama Sayyidina Ali. Perpecahan yang berlaku ini sebanarnya satu taktik mereka untuk mempergunakan Sayyidina Ali demi kepentingan mereka yang jahat itu dan untuk berselindung di sebalik beliau daripada hukuman kerana pembunuhan Khalifah Utsman.

Sayyidina Hasan pula pernah ditikam oleh golongan Syiah pehanya sehingga tembus kemudian mereka menunjukkan pula kebiadapannya terhadap Sayyidina Hasan dengan merampas harta bendanya dan menarik kain sejadah yang diduduki oleh Sayyidina Hasan. Ini semua tidak lain melainkan kerana Sayyidina Hasan telah bersedia untuk berdamai dengan pihak Sayyidina Muawiyah. Bahkan bukan sekadar itu saja mereka telah menuduh Sayyidina Hasan sebagai orang yang menghinakan orang-orang Islam dan sebagai orang yang menghitamkan muka orang-orang Mukmin.

Kebiadapan Syiah dan kebusukan hatinya ditujukan juga kepada Imam Jaafar As Shadiq bila seorang Syiah yang sangat setia kepada Imam Jaafar As Shadiq iaitu Rabi' menangkap Imam Jaafar As Shadiq dan membawanya kehadapan Khalifah Al-Mansur supaya dibunuh. Rabi' telah memerintahkan anaknya yang paling keras hati supaya menyeret Imam Jaafar As Shadiq dengan kudanya. Ini tersebut di dalam kitab Jilaau Al ' Uyun karangan Mulla Baqir Majlisi.

Di dalam kitab yang sama pengarangnya juga menyebutkan kisah pembunuhan Ali Ar Ridha iaitu Imam yang ke lapan di sisi Syiah, bahawa beliau telah dibunuh oleh Sabih Dailamy, seorang Syiah kental dengan perintah Al Makmun. Bagaimanapun diceritakan bahawa selepas dibunuh itu Imam Ar Ridha dengan mukjizatnya terus hidup kembali dan tidak ada langsung kesan-kesan pedang di tubuhnya.

Bagaimanapun Syiah telah menyempurnakan tugasnya untuk membunuh Imam Ar Ridha. Oleh itu tidaklah hairan golongan yang sampai begini biadapnya terhadap Imam-imam boleh membunuh Sayyidina Husain tanpa belas kasihan di medan Karbala.

Boleh jadi kita akan mengatakan bagaimana mungkin pengikut-pengikut setia Imam-imam ini yang dikenali dengan 'syiah' boleh bertindak kejam pula terhadap Imam-imamnya? Tidakkah mereka sanggup mempertahankan nyawa demi mempertahankan Iman-imam mereka ? Secara ringkas bolehlah kita katakan bahawa 'perasaan kehairanan' yang seperti ini mungkin timbul dari dalam fikiran Syiah, yang tidak mengetahui latar belakang kewujudan Syiah itu sendiri. Mereka hanya menerima secara membabi buta daripada orang-orang terdahulu. Adapun orang-orang yang mengadakan sesuatu fahaman dengan tujuan-tujuan yang tertentu dan masih hidup ketika mana ajaran dan fahaman itu mula dikembangkan tentu sekali mereka sedar maksud dan tujuan mereka mengadakan ajaran tersebut. Pada lahirnya mereka menunjukkan taat setia dan kasih sayang kepada Imam-imam itu, tetapi pada hakikatnya adalah sebaliknya.

2. Di antara bukti yang menunjukkan tidak ada peranan Yazid dalam pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala, bahkan golongan Syiahlah yang bertanggungjawab membunuh beliau bersama dengan ramai orang-orang yang ikut serta di dalam rombongan itu, ialah adanya hubungan persemendaan di antara Bani Hasyim dan Bani Umayyah, selepas berlakunya peperangan Siffin dan juga selepas berlakunya peristiwa pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala.

Tidak mungkin orang-orang yang bermaruah seperti kalangan Ahlul Bait akan berkahwin dengan orang-orang yang diketahui oleh mereka sebagai pembunuh-pembunuh atau orang-orang yang bertanggungjawab di dalam membunuh ayah, datuk atau bapa saudara mereka Sayyidina Husain. Hubungan ini selain daripada menunjukkan pemerintah-pemerintah dari kalangan Bani Muawiyah dan Yazid sebagai orang yang tidak bersalah di dalam pembunuhan ini, ia juga menunjukkan mereka adalah golongan yang banyak berbudi kepada Ahlul Bait dan sentiasa menjalinkan ikatan kasih sayang di antara mereka dan Ahlul Bait.

Di antara contoh hubungan persemendaan ini ialah:

(1) Anak perempuan Sayyidina Ali sendiri bernama Ramlah telah berkahwin dengan anak Marwan bin Al-Hakam yang bernama Muawiyah iaitu saudara kepada Amirul Mukminin Abdul Malik bin Marwan. (Ibn Hazm-Jamharatu Al Ansab, m.s. 80)

(2) Seorang lagi anak perempuan Sayyidina Ali berkahwin dengan Amirul Mukminin Abdul Malik sendiri iaitu khalifah yang ke empat daripada kerajaan Bani Umaiyah. (Al Bidayah Wa An Nihayah, jilid 9 m.s. 69)

(3) Seorang lagi anak perempuan Sayyidina Ali iaitu Khadijah berkahwin dengan anak gabenor 'Amir bin Kuraiz dari Bani Umaiyah bernama Abdul Rahman. (Jamharatu An Ansab, m.s. 68). ' Amir bin Kuraiz adalah gabenor bagi pihak Muawiyah di Basrah dan dalam peperangan Jamal dia berada di pihak lawan Sayyidina Ali.

Cucu Sayyidina Hasan pula bukan seorang dua yang telah berkahwin dengan pemimpin-pemimpin kerajaan Bani Umaiyah bahkan sejarah telah mencatatkan 6 orang daripada cucu beliau telah berkahwin dengan mereka iaitu :-

1. Nafisah bt Zaid bin Hasan berkahwin dengan Amirul Mukminin Al Walid bin Abdul Malik bin Marwan.

2. Zainab bt Hasan Al Mutsanna bin Hasan bin Ali juga telah berkahwin dengan Khalifah Al Walid bin Abdul Malik. Zainab ini adalah di antara orang yang turut serta di dalam rombongan Sayyidina Husain ke Kufah dan dia adalah salah seorang yang menyaksikan peristiwa pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala dengan mata kepalanya sendiri.

3. Ummu Qasim bt Hasan Al Mutsanna bin Hasan bin Ali berkahwin dengan cucu Sayyidina Uthman iaitu Marwan bin Aban. Ummu Qasim ini selepas kematian suaminya Marwan berkahwin pula dengan Ali Zainal Abidin bin Al Husain.

4. Cucu perempuan Sayyidina Hasan yang keempat telah berkahwin dengan anak kepada Marwan bin Al-Hakam iaitu Muawiyah.

5. Cucu Sayyidina Hasan yang kelima bernama Hammaadah bt Hasan Al Mutsanna berkahwin dengan anak saudara Amirul Mukminin Marwan bin Al Hakam iaitu Ismail bin Abdul Malik.

6. Cucu Sayyidina Hasan yang keenam bernama Khadijah bt Husain bin Hasan bin Ali juga pernah berkahwin dengan Ismail bin Abdul Malik yang tersebut tadi sebelum sepupunya Hammaadah.

Perlu diingat bahawa semua mereka yang tersebut ada meninggalkan zuriat.

Dari kalangan anak cucu Sayyidina Husain pula ramai yang telah menjalinkan perkahwinan dengan individu-individu dari keluarga Bani Umaiyah, antaranya ialah :-

(1) Anak perempuan Sayyidina Husain yang terkenal bernama Sakinah. Selepas beberapa lama terbunuh suaminya Mus'ab bin Zubair, beliau telah berkahwin dengan cucu Amirul Mukminin Marwan iaitu Al Asbagh bin Abdul Aziz bin Marwan. Asbagh ini adalah saudara kepada Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz sedangkan isteri Asbagh yang kedua ialah anak kepada Amirul Mukminin Yazid iaitu Ummu Yazid. (Jamharatu Al -Ansab)

(2) Sakinah anak Sayyidina Husain yang tersebut tadi pernah juga berkahwin dengan cucu Sayyidina Uthman yang bernama Zaid bin Amar bin Uthman.

Sementara anak cucu kepada saudara-saudara Sayyidina Husain iaitu Abbas bin Ali dan lain-lain juga telah mengadakan perhubungan persemendaan dengan keluarga Umaiyah. Di antaranya yang boleh disebutkan ialah :-

Cucu perempuan kepada saudara Sayyidina Husain iaitu Abbas bin Ali bernama Nafisah bt Ubaidillah bin Abbas bin Ali berkahwin dengan cucu Amirul

sumber : darulkautsar.com